Platycerium
| Pakis tanduk rusa | |
|---|---|
| Platycerium bifurcatum | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Divisi: | Polypodiophyta |
| Kelas: | Polypodiopsida |
| Order: | Polypodiales |
| Suborder: | Polypodiineae |
| Keluarga: | Polypodiaceae |
| Subkeluarga: | Platycerioideae |
| Genus: | Platycerium Desv. |
| Spesies | |
| |
Platycerium ialah sebuah genus dengan sekitar 18 spesies paku pakis dalam keluarga polipod, Polypodiaceae. Pakis dalam genus ini dikenali umum sebagai pakis tanduk rusa atau sakat tanduk rusa disebabkan bentuk daunnya. Pakis tanduk rusa adalah jenis pakis yang menumpang di dahan pokok besar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.
Pakis tanduk rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran "adus, pulasari" serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.
Jenis interaksi bagi pakis tanduk rusa adalah sama seperti paku langsuyar iaitu komensalisme.