Pergi ke kandungan

Paku pakis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pakis
Julat zaman: Devon Tengah[1]Kini
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Divisi: Polypodiophyta
Kelas: Polypodiopsida
Cronquist, Takht. & W.Zimm.
Subkelas[2]
Sinonim
  • Filicatae Kubitski 1990
  • Filices
  • Filicophyta Endlicher 1836
  • Monilophyta Cantino & Donoghue 2007
  • Pteridopsida Ritgen 1828

Pakis atau paku pakis (Polypodiopsida atau Polypodiophyta) ialah sejenis tumbuhan pembuluh (tumbuhan darat dengan tisu pembuluh xilem dan floem) yang membiak melalui spora, dan tidak mempunyai biji atau bunga. Ia berbeza dengan tumbuhan tanpa pembuluh (lumut jati, lumut tanduk dan lumut hati) kerana mempunyai berkas pembuluh khusus yang menyalurkan air dan nutrien dari akar ke akar, serta kitar hidup di mana sporofit bercabang menjadi fasa dominan.[3][4]

Pakis rumahan di Brazil

Pakis yang hidup kini adalah jenis saka bak herba dan tidak berkayu.[5] Sekalipun ada, kayu ini hanya terdapat di dalam batang.[6] Dedaunnya boleh jadi daun luruh atau malar hijau,[7] dan beberapanya pula separa malar hijau bergantung iklim.[8] Seperti sporofit tumbuhan berbiji, pakis mempunyai batang, daun dan akar. Pakis berbeza dengan spermatofit kerana membiak melalui spora, dan tidak berbunga atau menghasilkan biji.[6] Namun, ia juga berbeza dengan briofit penghasil spora kerana seperti tumbuhan berbiji, ia merupakan polisporangiofit. Sporofitnya bercabang dan menghasilkan sporangium. Juga tidak seperti briofit, sporofit pakis hidup bebas dan hanya sedikit bergantung pada gametofit ibu.

Rizom dan pelepah

[sunting | sunting sumber]

Sorus dan spora

[sunting | sunting sumber]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Pakis tersebar luas dalam taburannya, dengan kekayaan paling tinggi di kawasan tropika dan paling sedikit di artik. Kepelbagaian terbesar terdapat di hutan hujan tropika.[9] New Zealand, yang menjadikan paku pakis sebagai simbol, mempunyai kira-kira 230 spesies yang tersebar di seluruh negara.[10] Ia juga biasa ditemukan di hutan-hutan Eropah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Stein et al 2007.
  2. ^ Pteridophyte Phylogeny Group 2016.
  3. ^ "Horsetails, clubmosses, and ferns". Ultimate Visual Dictionary (dalam bahasa Inggeris) (ed. 11th). DK Pub. 2017. m/s. 120–121. ISBN 978-1-4654-5894-0 – melalui Internet Archive.
  4. ^ Gerrienne, Philippe; Gonez, Paul (2011). "Early evolution of life cycles in embryophytes: A focus on the fossil evidence of gametophyte/sporophyte size and morphological complexity". Journal of Systematics and Evolution. 49 (1): 1–16. Bibcode:2011JSyEv..49....1G. doi:10.1111/j.1759-6831.2010.00096.x.
  5. ^ Mauseth, James D. (September 2008). Botany: an Introduction to Plant Biology. Jones & Bartlett Publishers. m/s. 492. ISBN 978-1-4496-4720-9.
  6. ^ a b Levyns, M. R. (1966). A Guide to the Flora of the Cape Peninsula (ed. 2nd Revised). Juta & Company. OCLC 621340.
  7. ^ Fernández, Helena; Kumar, Ashwani; Revilla, Maria Angeles (2010-11-11). Working with Ferns: Issues and Applications. Springer. m/s. 175. ISBN 978-1-4419-7162-3.
  8. ^ Hodgson, Larry (2005-01-01). Making the Most of Shade: How to Plan, Plant, and Grow a Fabulous Garden that Lightens Up the Shadows. Rodale. m/s. 329. ISBN 978-1-57954-966-4.
  9. ^ EB 2019.
  10. ^ SLH 2018.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Artikel jurnal

[sunting | sunting sumber]

Laman sesawang

[sunting | sunting sumber]