Paku tanjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paku tanjung
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Divisi: Polypodiophyta
Kelas: Polypodiopsida
Order: Polypodiales
Suborder: Aspleniineae
Keluarga: Athyriaceae
Genus: Diplazium
Spesies:
D. esculentum
Nama binomial
Diplazium esculentum
Sinonim

Athyrium esculentum

Paku tanjung[1][2] atau nama saintifiknya Diplazium esculentum ialah pakis makan yang ditemukan di Asia dan Oseania. Ia mungkin paku pakis yang paling biasa dijamah. Ia turut dipanggil paku anjing, paku benar dan paku besar,[2] dan juga paku sayur.

Genus Diplazium ada dalam keluarga Athyriaceae, dalam klad eupolipoda II[3] order Polypodiales,[4] dalam kelas Polypodiopsida.[5]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini pakis renek besar dengan rimpang merayap sekitar 50 cm tinggi dan dilitupi sisik jelau pendek sekitar 1 mm panjang. Pokoknya dua lelipan (bipinnate) dengan tangkai panjang keperangan, dan pangkal tangkai hitam dan dilitupi sisik pendek. Pelepahnya boleh mencapai 1.5 m panjang dan anak daun pertamanya sekitar 8 cm panjang dan 2 cm lebar.[6]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pucuk paku tanjung sering diambil dan dicelur dan dijadikan ulam yang sungguh menyelerakan apabila dimakan dengan sambal belacan. Paku tanjung ini membiak melalui daunnya.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "paku tanjung". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b Diplazium esculentum. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dixapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/10511. [Didapat kembali 17 Julai 2023].
  3. ^ Carl J. Rothfels; Anders Larsson; Li-Yaung Kuo; Petra Korall; Wen- Liang Chiou; Kathleen M. Pryer (2012). "Overcoming Deep Roots, Fast Rates, and Short Internodes to Resolve the Ancient Rapid Radiation of Eupolypod II Ferns". Systematic Biology. 61 (1): 490–509. doi:10.1093/sysbio/sys001. PMID 22223449.
  4. ^ Maarten J. M. Christenhusz; Xian-Chun Zhang; Harald Schneider (2011). "A linear sequence of extant families and genera of lycophytes and ferns" (PDF). Phytotaxa. 19: 7–54. doi:10.11646/phytotaxa.19.1.2.
  5. ^ Alan R. Smith; Kathleen M. Pryer; Eric Schuettpelz; Petra Korall; Harald Schneider; Paul G. Wolf (2006). "A classification for extant ferns" (PDF). Taxon. 55 (3): 705–731. doi:10.2307/25065646. JSTOR 25065646. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-26.
  6. ^ Tanaka, Yoshitaka; Van Ke, Nguyen (2007). Edible Wild Plants of Vietnam: The Bountiful Garden. Thailand: Orchid Press. m/s. 37. ISBN 978-9745240896.