Metro Manila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Metro Manila
Metropolitan Manila Montage.png
Peta Filipina dengan Metro Manila dipaparkan
Peta Filipina dengan Metro Manila dipaparkan
Metro Manila yang terletak di Filipina
Metro Manila
Metro Manila
Lokasi di Filipina
Koordinat: 14°35′N 121°00′E / 14.58°N 121°E / 14.58; 121Koordinat: 14°35′N 121°00′E / 14.58°N 121°E / 14.58; 121
NegaraFilipina
Barangay1710
Tarikh asas7 November 1975
Kerajaan
 • Pengundi7,074,603 (9 Mei 2019)
Luas
[1]
 • Jumlah611.39 km2 (236.06 batu persegi)
Ketinggian
3.0 m (9.8 ft)
Penduduk
 (1 Mei 2020)
 • Jumlah13,484,462
 • Kepadatan22,000/km2 (57,000/batu persegi)
 • Bilangan rumah
2,968,651
Demonym(s)granmanileña
granmanilense
granmanileño
taga-Kamaynilaan
Zon waktuUTC+8 (UTC+8)
PSGC
130000000
Kod kawasan+63 (0)2
Jenis iklimIklim monsun tropika
Laman webmmda.gov.ph

Metropolis Manila (Bahasa Inggeris: Metropolis of Manila; Bahasa Tagalog: Kamaynilaan), atau Kawasan Ibu Negara Filipina (Bahasa Inggeris: National Capital Region of the Philippines), ialah kawasan metropolitan yang teramai jumlah penduduknya di negara ke-11 teramai penduduk di dunia. Metropolis ini merangkumi 16 bandaraya di sekitar Manila. Manila telah menjadi petempatan utama sejak 1700-an, dan oleh itu menjadi pusat politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan di negara Filipina.

Manila ialah sebuah bandar raya global terunggul yang meletakkan kekuatannya pada bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan, kesemuanya menyumbang kepada keunggulannya.

Seperti yang diisytiharkan dalam Dekri Presiden No. 940, seluruh kawasan metropolitan Manila merupakan pusat kerajaan Filipina, namun Bandar Raya Manila sahaja merupakan ibu negara rasmi.[3]

Mengikut banci 2007, Metro Manila diduduki 11,553,427 orang, iaitu 13% penduduk negara.[4] Jika termasuk sekali pinggir bandar di wilayah-wilayah berdekatan (Bulacan, Cavite, Laguna, dan Rizal) dari Manila Raya, maka jumlah penduduknya sekitar 20 juta.[5][6]

Keluaran serantau kasar Metro Manila pada Julai 2009 dianggarkan bernilai 468.4 bilion (pada harga malar 1985), iaitu 33% KDNK negara.[7] Pada tahun 2008, Metro Manila merupakan kelompok bandar ke-40 terkaya di dunia, menurut PricewaterhouseCoopers.[8]

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Istilah Metro Manila semakin banyak digunakan pada 1980-an apabila bandaraya-bandaraya yang kini membentuk kawasan metropolitan masih dikira sebagai wilayah berasingan. Ramai yang tinggal di luar kawasan metro, terutama dari kawasan lain di Filipina, sekadar memanggil Metro Manila dengan nama Manila. Namun demikian, penduduk metro amat peka kepada perbezaan antara bandaraya dan kawasan metro Manila kerana ada yang berasal dari bandaraya lain di Metro Manila, iaitu bandaraya yang berdekatan dengan Manila yang sebenar. Penggunaan nama Manila untuk bandaraya sebetulnya dan seluruh kawasan metro sekaligus boleh menimbulkan kekeliruan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rajah perkembangan Metro Manila yang menunjukkan tahun berapa setiap kawasan menjadi bandaraya. Pateros ialah satu-satunya kawasan perbandaran yang tinggal.

Manila Sepanyol diasaskan pada 24 Jun 1571 oleh tiga konkuistador, iaitu Martín de Goiti, Juan de Salcedo dan Miguel López de Legazpi. Pada tahun 1867, Kerajaan Sepanyol di Filipina menubuhkan perbandaran dan wilayah baru di selatan Daerah Morong di Nueva Ecija, di utara Wilayah Tondo dan Manila Diraja, lalu memencilkannya dari wilayah induk Nueva Ecija. Kerajaan penjajah membentuk Wilayah Manila daripada Wilayah Tondo di selatan dan dan wilayah terpencil Nueva Ecija di utara. Bahagian-bahagian di Tondo yang terlibat ialah Navotas, Malabon, dan Caloocan; dan Nueva Ecija pula ialah Mariquina, Balintawak, Caloocan, Pasig, San Felipe Neri (kini Mandaluyong), Las Piñas, Parañaque, dan Muntinlupa. Ibu kota Wilayah itu ialah Intramuros, sebuah kota bertembok di sepanjang tebing Sungai Pasig River dan pantai Teluk Manila. Pada zaman itu, Intramuros juga digelar Manila begitu sahaja.

Ketika berlangsungnya, Revolusi Filipina, Wilayah Manila ialah wilayah kelapan dan terakhir yang melancarkan pemberontakan terhadap Sepanyol, membuka laluan kepada penubuhan Republik Bersekutu Filipina (yang terdiri daripada Nueva Ecija, Pampanga, Bulacan, Tarlac, Laguna, Batangas, Cavite dan Manila). Wilayah Manila masih wujud sehingga tahun 1901, apabila wilayahnya dipecah-pecahkan oleh penjajah Amerika Syarikat.

Pada tahun 1901, Perhimpunan Filipina membentuk Bandaraya Manila yang terdiri daripada kawasan perbandaran Ermita, Intramuros (Kota Diraja Manila), Tondo, Santa Cruz, Sta. Ana, San Nicolas, San Miguel, Paco, Port Area, Pandacan, Sampaloc, Quiapo, Binondo, Malate, Sta. Mesa dan Singalong. Perbandaran Caloocan, Marikina, Pasig, Parañaque, Malabon, Navotas, San Juan, Makati, Mandaluyong (San Felipe Neri), Las Piñas, Muntinglupa dan Taguig-Pateros pula diperbadankan dalam wilayah baru iaitu Rizal yang menjadikan Pasig sebagai ibu kota.

Pada tahun 1941 ketika meletusnya Perang Dunia Kedua, Presiden Manuel L. Quezon membentuk Bandaraya Manila Raya sebagai langkah kecemasan, dengan menggabungkan kerajaan bandaraya dan perbandaran Manila, Bandaraya Quezon, San Juan del Monte, Caloocan, dsb, lalu melantik Jorge Vargas sebagai datuk bandar. Pada datuk bandarnya bertugas sebagai naib datuk bandar untuk kawasan masing-masing. Ini bertujuan memastikan Vargas, selaku leftenan utama hal-ehwal pentadbiran Quezon, boleh mendapat kedudukan berwibawa yang diiktiraf oleh undang-undang ketenteraan antarabangsa. Ketika itu, mereka belum pasti sama ada Tentera Diraja Jepun yang bersedia menduduki Manila akan mengiktiraf kewibawaan ahli-ahli kabinet Quezon. Bandaraya Manila Raya dibubarkan oleh Jepun ekoran pembentukan Suruhanjaya Eksekutif Filipina untuk mentadbir kawasan yang didudukinya di negara ini. Namun demikian, konsep Bandaraya Manila Raya menjadi contoh untuk Metro Manila, dan jawatan gabenor Metro Manila ditubuhkan sewaktu pemerintahan Marcos.

Pada tahun 1975, Presiden Ferdinand Marcos mengeluarkan Dekri Presiden 824 yang membentuk Kawasan Metropolitan Manila. Suruhanjaya Metropolitan Manila dibentuk untuk mentadbir metropolis yang memuncul ini. Marcos melantik isterinya Imelda Marcos sebagai gabenor Metro Manila.

Pada tahun 1986, Presiden Corazon Aquino mengeluarkan Perintah Eksekutif No. 392 untuk mengubah struktur Suruhanjaya Metropolitan Manila, lalu memberikan nama baru kepadanya iaitu Lembaga Metropolitan Manila.

Pada tahun 1995, menerusi Akta Republik 7924, Lembaga Metro Manila disusun semula lalu menjadi Lembaga Pembangunan Metropolitan Manila. Pengerusi agensi ini dilantik oleh Presiden dan tidak boleh memegang jawatan terpilih yang lain pada masa yang sama, seperti datuk bandar.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Metro Manila terletak di sebuah segenting yang terbatas oleh Teluk Manila di barat dan Laguna de Bay di tenggara, dan direntasi oleh Sungai Pasig yang menghubungkan kedua-dua perairan itu. Bandaraya ini terletak di atas salah sebidang dataran banjir yang terbesar di negara. Kawasan ini dibatasi lagi oleh Bulacan di utara, Rizal di barat, Laguna di selatan dan Cavite di barat daya.

Metro Manila terletak di 14°40' U 121°3 T. Segenting berpaya yang menjadi tempat terletaknya sebahagian kawasan metropolitan barat ini, mempunyai purata ketinggian 10 meter. Bahagian timur pula terletak di atas rabung yang beransur menaik ke arah hilir bukit Sierra Madre dan melepasi lembah Sungai Marikina yang separa berpaya.

Jalan air utama di Metro Manila ialah Sungai Pasig yang membahagi segenting ini. Sungai Pasig berpunca dari Laguna de Bay, menanda sempadan di antara Makati dan Mandaluyong, dan juga di antara Pasig dan Taguig, sebelum melalui Manila sebelum berakhir di Teluk Manila.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Menurut sistem pengelasan iklim Köppen, kawasan iklim Metro Manila berpecah kepada iklim lembap kering tropika dan iklim monsun tropika. Manila beriklim lembap kering tropika dan menerima curahan hujan yang kurang daripada Bandar Raya Quezon yang beriklim monsun tropika. Begitu juga dengan seluruh Filipina, seluruh Metro Manila terletak dalam kawasan tropika. Kehampirannya dengan garisan khatulistiwa memberinya julat suhu yang tidak begitu luas, jarang berada di bawah 20°C atau melampaui 38°C. Namun demikian, tahap kelembapannya biasanya amat tinggi. Musim kemaraunya singkat sahaja, dari Januari hingga April,diikuti musim tengkujuh yang berpanjangan mulai Mei hingga Disember.

Data iklim untuk Metro Manila
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 35
(95)
35
(95)
36
(97)
37
(99)
38
(100)
38
(100)
38
(100)
36
(97)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
34
(93)
38
(100)
Purata tinggi °C (°F) 30
(86)
30
(86)
31
(88)
33
(91)
34
(93)
34
(93)
33
(91)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
Purata rendah °C (°F) 21
(70)
21
(70)
21
(70)
22
(72)
23
(73)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
23
(73)
22
(72)
23
(73)
Rekod terendah °C (°F) 14
(57)
14
(57)
16
(61)
16
(61)
17
(63)
20
(68)
22
(72)
21
(70)
21
(70)
21
(70)
19
(66)
17
(63)
14
(57)
Kerpasan mm (inci) 23
(0.91)
23
(0.91)
13
(0.51)
18
(0.71)
33
(1.3)
130
(5.12)
254
(10)
432
(17.01)
422
(16.61)
356
(14.02)
193
(7.6)
145
(5.71)
2,042
(80.39)
Sumber: http://www.bbc.co.uk/weather/world/city_guides/results.shtml?tt=TT002730

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Peta pentadbiran Metro Manila.

Bandaraya Manila yang sebenarnya merupakan ibu negara Filipina, tetapi Kawasan Metro Manila pula merupakan pusat kerajaat. Cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan bertapak di Manila dan masing-masing diwakili oleh Istana Malacañang, pejabat dan kediaman rasmi Presiden Filipina, dan Mahkamah Agung Filipina. Bagi cabang perundangan, dewan pertuanan iaitu Senat Filipina bertapak di Pasay, manakala dewan rakyatnya pula iaitu Dewan Perwakilan Filipina berada di Bandar Raya Quezon.

Metro Manila ialah kawasan pentadbiran yang terkecil di Filipina, tetapi yang paling ramai dan padat penduduknya dengan seramai 11,553,427 orang (banci 2007) dalam kawasan berkeluasan kira-kira 638.55 kilometer persegi (246.5 bt2). Ia juga satu-satunya kawasan yang tidak terbahagi kepada wilayah, sebaliknya dibahagikan pula kepada 17 unit kerajaan pusat, iaitu 16 bandaraya dan satu kawasan perbandaran.

Kawasan pentadbiran di Metro Manila:
  daerah pertama
  daerah ke-2
  daerah ke-3
  daerah ke-4

Pembahagian politik[sunting | sunting sumber]

Ia terdiri daripada wilayah:

Dari segi tadbir urus setempat, Metro Manila tidak boleh dianggap sebagai satu entiti politik begitu sahaja. Bandaraya-bandaraya yang membentuknya menduduki peringkat kerajaan tempatan tertinggi dengan pegawai-pegawai terpilih yang tersendiri. Walaupun bandaraya-bandaraya itu bebas dari satu sama lain dalam hal politik, namun terdapat beberapa kemudahan asas seperti kawalan lalulintas dan banjir yang diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Metropolitan Manila (Metropolitan Manila Development Authority, MMDA). MMDA beribu pejabat di Makati dan diketuai oleh Pengerusi MMDA yang dilantik oleh Presiden Filipina. Para datuk bandar menganggotai Liga Datuk Bandar Metro Manila yang berfungsi sebagai lembaga MMDA.

Untuk tujuan fiskal dan statistik, Metro Manila atau Kawasan Ibu Negara (NCR) juga dibahagikan kepada empat daerah mengikut dasar geografi yang merujuk kepada Sungai Pasig. Daerah-daerah ini dibentuk pada tahun 1976 tetapi tiada kerajaan tempatan ataupun perwakilan di kongres.

Kesemua bandaraya dan perbandaran dalam NCR digolongkan ke dalam empat daerah seperti berikut:

# Nama Bandaraya
1 Daerah Ibu Kota Manila
2 Daerah Manila Timur Mandaluyong, Marikina, Pasig, Bandar Quezon, dan San Juan
3 Daerah CAMANAVA Caloocan, Malabon, Navotas, dan Valenzuela
4 Daerah Manila Selatan Las Piñas, Makati, Muntinlupa, Parañaque, Pasay, Pateros, dan Taguig

Perwakilan Metro Manila dalam Kongres Filipina adalah seperti berikut:

  • Untuk Senat, proses pengundian dilakukan secara berkelompok dari seluruh negara.
  • Untuk Dewan Perwakilan, setiap bandaraya mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil; perwakilan Pateros disertakan dalam daerah pertama majlis bandaraya Taguig.

Metro Manila juga adalah satu kawasan kehakiman, oleh itu semua hakim mahkamah setempat boleh ditugasi di mana-mana dalam kawasan ini.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kadar kemiskinan
Ref: Lembaga Perangkaan Filipina[9][10][11][12][13][14][15]

Metro Manila ialah pusat kewangan, perdagangan dan perindustrian Filipina yang menyumbang 33% KDNK negara. Di sinilah terletaknya satu pertiga cawangan bank di negara yang menyimpan dua pertiga simpanan wang negara.

Latar langit Ortigas Center di latar depan bersama Makati di latar belakang kiri

Daerah perniagaan[sunting | sunting sumber]

Makati ialah pusat kewangan dan ekonomi terbesar di Metro Manila dan juga negara. Dengan reputasi sebagai daerah perniagaan pusat, di sinilah bertapaknya sebilangan besar syarikat terbesar di Filipina, termasuk Ayala Group of Companies, dan juga bank-bank utama negara. Kawasan Makati dibina sekitar bekas Pangkalan Udara Nielsen yang dibina oleh pihak AS sewaktu Perang Dunia Kedua; landasan pesawatnya kini menjadi jalan-jalan utama yang bersilang di Segitiga Makati, di mana terletaknya bursa saham negara. Makati juga menjadi pilihan syarikat luar negara untuk membuka ibu pejabat Filipina.

Ortigas Center ialah kawasan perniagaan kedua terpenting di Metro Manila yang terletak di Mandaluyong dan Pasig. Di sini terletaknya ibu pejabat beberapa syarikat Filipina seperti San Miguel Corporation dan Meralco, di samping berbagai-bagai pusat beli-belah dan hotel, tidak lupa juga ibu pejabat Bank Pembangunan Asia.

Pusat beli-belah[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1980-an, tidak banyak pusat beli-belah yang terdapat di Metro Manila, tetapi semenjak seorang usahawan berketurunan Cina-Filipina, Henry Sy mula membina "megamall" di sini menerusi syarikat SM Group of Companies, pusat beli-belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sini. Tiga daripadanya adalah antara yang terbesar di dunia, iaitu SM City North EDSA, SM Mall of Asia dan SM Megamall, ketiga-tiganya milik SM Group.

Sebelum kedatangan pusat beli-belah yang berpenghawa dingin, warga Metro Manila menjengah sejenis pasar basah terbuka yang dipanggil palengke. Kini, masih terdapat pasar-pasar sebegini, antaranya Central Market, di daerah Sta. Cruz di Manila; dan Cloverleaf Market di Balintawak, Quezon yang membekalkan sebahagian besar hasil buah-buahan dan sayur-sayuran kepada Metro Manila; dan Navotas Port Market yang menjadi pembekal utama keluaran perikanan Metro Manila. Pasay Cartimar pula terkenal sebagai pasar haiwan belaan terhebat di Filipina.

Mercu tanda dan kawasan istirahat[sunting | sunting sumber]

Rizal Park

Di barat Metro Manila, terletaknya sebuah persiaran awam yang tersohor iaitu Rizal Park (atau Luneta). Taman ini menampilkan Tugu Rizal yang berupa patung Perwira Kebangsaan Filipina Jose Rizal, peta gergasi bentuk rupa bumi Filipina, kebun Cina yang indah, dan beberapa pejabat kerajaan seperti Jabatan Pelancongan. Di pinggir laut Rizal Park terdapat pelbagai kedai makanan laut yang khusus menghidangkan masakan Filipina dan Asia. Muzium Negara Rakyat Filipina juga terletak di sini, berupa kompleks dua binaan bergaya Yunani-Rom yang menyimpan pelbagai tinggalan dan khazanah negara dalam galeri-galerinya. Muzium ini memperagakan sehimpunan besar hasil dan mahakarya seni yang dihasilkan oleh warga Filipina. Sebahagian kompleks muzium ini merupakan planetarium pertama di Asia Tenggara. Berdekatan dengannya ialah Quirino Grandstand yang menjadi pentas perhimpunan kempen politik dan kumpulan keagamaan.

Pintu masuk utama Fort Santiago yang tingginya 40 kaki (12 m)

Berhampiran dengan Rizal Park ialah Kota Diraja lama yang bergelar Intramuros, a sebuah kota bertembok yang pernah menjadi pusat kerajaan ketika Zaman Penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat. Antara tarikan di sini termasuk Kubu Santiago, sebuah kubu pertahanan Sepanyol yang pernah dijadikan kurungan untuk wira negara, Jose Rizal pada tahun 1896; Casa Manila, sebuah vila kolonial Sepanyol yang diubahsuai menjadi galeri rumah; Manila Cathedral, pejabat rasmi Ketua Biskop Manila; Gereja San Agustin, gereja tertua yang wujud di Filipina[16] dan mengharungi peperangan dan gempa bumi sejak dibina pada tahun 1587; Kelab Golf Intramuros, sebuah padang golf di luar tembok kota; dan Clam Shell Tent, sebuah pusat pameran Jabatan Pelancongan. Kereta kuda dan bas persiaran menjadi pengangkutan utama untuk kemudahan pelancong.

Di Kubu Bonifacio terletaknya detasmen tentera, tanah perkuburan, sekolah antarabangaa, ibu pejabat korporat dan kedai makan dan beli-belah bertaraf dunia. Antara kawasan rekreasi yang lain termasuk Nayong Pilipino (Kampung Filipina) di Parañaque; Quezon Memorial Circle dan Ninoy Aquino Wildlife Center di daerah Diliman, Quezon; Cultural Center of the Philippines Complex dan Bay City, di Pasay; sementara Paco Park, Taman Botani Arroceros, Zoo Manila, Plaza Rajah Sulayman, Plaza Miranda, Rizal Avenue Bargain Walkway, Gereja San Sebastian, kedai arak dan kelab malam di daerah Ermita dan Malate, dan Roxas Boulevard Bay Walk di pinggir Teluk Manila, semuanya terletak di bandaraya Manila.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Metro Manila mempunyai sistem lebuh raya meluas berjumlah 5,092 kilometer (3,164 bt) yang menghubungkan berbilang-bilang bandaraya dan bandar. Daripada jumlah itu, 1,087 kilometer (675 bt) ialah jalan negara; 2,366 kilometer (1,470 bt) ialah jalan bandaraya, perbandaran atau barangay; 1,639 kilometer (1,018 bt) ialah jalan subbahagian; dan 37 kilometer (23 bt) ialah lebuh raya bertol kendalian swasta.[17][18]

Jalan-jalan utamanya termasuk sepuluh jalan jejarian yang bercabang dari pusat Manila, dan lima jalan lilitan yang membentuk serantaian lengkok separa bulat sepusat di sekitar pusat bandaraya Manila. Kebanyakan besar jalan-jalan ini penting sekali untuk pengangkutan Metro Manila, antaranya jalan C-4 (Jalan Sepusat 4), juga dikenali sebagai Epifanio de los Santos Avenue (EDSA), iaitu jalan utama yang menghubungkan lima bandaraya di Metro Manila, iaitu Pasay, Makati, Mandaluyong, Quezon, dan Caloocan. Aliran MRT-3 rangkaian metro Manila berjalan sepanjang pemisah lorong dwiarah EDSA. Jalan-jalan utama yang lain: R-1 (Jalan Jejarian 1) atau lebih dikenali sebagai Roxas Boulevard, dan Lebuh Raya Ekspres Manila-Cavite (Jalan Pantai) bersambung kepada wilayah Cavite di barat daya; R-3 atau Lebuhraya Ekspres Luzon Selatan (SLEX) bersambung kepada wilayah Laguna di tenggara; R-6 (Aurora Boulevard dan Lebuhraya Marcos) bersambung kepada wilayah Rizal di timur; dan R-8 atau Lebuhraya Ekspres Luzon Utara (NLEX) bersambung kepada wilayah Bulacan di utara.

Metro Manila digeruni kerana kesesakan jalan raya yang menyebabkan perjalanan sampai sependek 6–8 kilometer sejam.[19] Perjalanan yang sewajarnya memakan masa 20 minit boleh terbantut menjadi sejam lebih, khususnya sewaktu waktu sibuk. Oleh itu, Lembaga Pembangunan Metro Manila telah membina pelbagai projek untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, antaranya pembinaan jejambat, persimpangan, ruang punggah untuk Kenderaan Kemudahan Awam (PUV), ruang kecemasan, dan alur pusingan U di jalan-jalan utama, di samping melengkapkan sistem landasan tren yang menyeluruh dan bergiat dalam perluasan jalan dengan sokongan Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya. MMDA turut memanfaatkan projek untuk pejalan kaki seperti pemasangan jejantas, perhentian berlindung, dan pondok kencing lelaki[20] di merata metropolis. Agensi ini turut melaksanakan beberapa skim untuk pemandu kereta, antaranya: Skim Pengurangan Volum Kenderaan Seragam (``Uniform Vehicular Volume Reduction Scheme``, UVVRS), yang mana kenderaan yang berakhir dengan angka tertentu pada nombor platnya dilarang berjalan pada hari tertentu; dan skim Lorong Kuning, yang mana Bas Kemudahan Awam berplat kuning hanya boleh menggunakan dua lorong terluar di EDSA.

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Sejak dari 2005, terdapat dua sistem alihan laju berbeza di Metro Manila, iaitu Manila Light Rail Transit System (LRT) dan Manila Metro Rail Transit System (MRT). Sistem LRT terdiri daripada 29 stesen sepanjang Aliran Kuning (LRT-1) dan Aliran Ungu (LRT-2), manakala sistem MRT pula merangkumi 13 stesen sepanjang Aliran Biru (MRT-3). Empat lagi sistem dalam cadangan bertujuan menyambungkan Metro Manila dengan wilayah Bulacan, Cavite, Laguna dan Rizal.

Philippine National Railways juga mengendali dua laluan kereta api utama di Metro Manila, dalam sistem keretapi Luzon yang pernah mekar pada suatu ketika dahulu. Laluan utara (Northrail) yang menghubungkan Manila dengan Caloocan, kini ditutup. Laluan selatan (Southrail) yang masih dibuka bermula di stesen Tutuban di Tondo, Manila, dan merentasi bandaraya Manila, Makati, Taguig, Parañaque dan Las Piñas, kemudian di Barangay Buli, Muntinlupa, sebelum memasuki wilayah Laguna.

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) yang merentangi sempadan Parañaque dan Pasay, ialah lapangan terbang yang tersibuk di negara. Ia terdiri daripada sebuah terminal domestik dan tiga terminal antarabangsa; serta dua landasan utama. Inilah hab syarikat penerbangan Philippine Airlines yang terletak hangar utamanya berdekatan Pangkalan Udara Villamor.

Pengangkutan air[sunting | sunting sumber]

Terminal Pelabuhan Laut Manila di Port Area, Manila ialah pintu masuk perkapalan utama di Filipina. Pasig River Ferry Service melalui Sungai Pasig dari Intramuros, Manila ke Barangay Kalawaan Sur di Pasig.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Metro Manila mempunyai jumlah penduduk berdaftar seramai 11,553,427 orang.[4] Jika diambil kira kawasan urban Manila raya yang merangkumi Metro Manila dan kawasan pinggir bandar di wilayah jiran, maka jumlah penduduknya 20,075,000 orang (anggaran 2009).[5]

Kependudukan
Metro Manila
TahunPend.±% setiap
tahun
1903 328,939—    
1918 461,166+2.28%
1939 993,889+3.72%
1948 1,569,128+5.20%
1960 2,462,488+3.83%
1970 3,966,695+4.88%
1975 4,970,006+4.63%
1980 5,925,884+3.58%
1990 7,948,392+2.98%
1995 9,454,040+3.30%
2000 9,932,560+1.06%
2007 11,566,325+2.12%
2010 11,855,975+0.90%
2015 12,877,253+1.59%
2020 13,484,462+0.91%
Ref: Lembaga Perangkaan Filipina[21][22][23]

Dengan kepadatan penduduk sebanyak 15,617/km², inilah kawasan yang terpadat dengan penduduk di seluruh Filipina.

Kelompok pribumi kawasan Metro Manila ialah orang Tagalog. Kesan penghijrahan, metropolis ini juga diduduki oleh kaum-kaum lain, termasuk kaum Visaya, Ilocanos, Bicolanos, Kapampangan, Pangasinan, dan Moro (terutamanya Maranao dan Maguindanao), di samping kelompok puak Igorot dan Bajau. Juga terdapat golongan keturunan seberang laut seperti Cina Jepun dan India. Metro Manila merupakan salah sebuah bandaraya yang paling pelbagai etnik di dunia.

Bahasa yang paling banyak dipertuturkan dalam rumah tangga ialah bahasa Tagalog (94.34%). Bahasa Inggeris digunakan secara meluas sebagai bahasa utama golongan atasan dan perniagaan. Bahasa Cina diajar di sekolah Cina tertentu. Bahasa pribumi Filipina yang lain juga digunakan di kalangan sanak-saudara dan jiran tetangga yang sama kelompok kaumnya, terutamanya bahasa Visaya, Bikol, dan Kapampangan.

Majoriti besar penduduk Metro Manila beragama Katolik Rom (90%). Agama-agama lainnya ialah Protestan (3%), Islam (5%), Hindu dan Buddha (2%).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, terdapat 511 sekolah rendah dan 220 sekolah rendah di Kawasan Ibu Negara.[24] Terdapat sekitar 81 institusi pengajian tinggi di sini. Kadar celik hurufnya sekitar 92.4%.[25] Sebagai pusat pendidikan negara, ramai penuntut dari wilayah luar datang ke Metro Manila untuk mengejar ilmu. Terdapat sebilamgan besar kawasan tumpuan khusus institusi pendidikan di Metro Manila, seperti "University Belt" dan Taft Avenue di Manila, Katipunan Avenue dan Fairview di Quezon, dan Sta. Mesa yang merentangi sempadan Manila, Quezon dan Mandaluyong. Di Metro Manila juga wujudnya banyak sekolah swasta yang dibuka oleh kumpulan agama, antaranya Universiti Ateneo de Manila oleh Jesuit, Universiti Santo Tomas oleh Mazhab Dominika, dan Universiti De La Salle oleh Persaudaraan La Salle. Tidak lupa juga institusi pendidikan biayaan kerajaan di sini seperti kampus Diliman dan Manila Universiti Filipina, kampus utama Philippine Science High School dan Manila Science High School.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Province:". PSGC Interactive. Bandar Quezon, Filipina: Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 12 November 2016.
  2. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/Table%202.%20%20Updated%20Annual%20Per%20Capita%20Poverty%20Threshold%2C%20Poverty%20Incidence%20and%20Magnitude%20of%20Poor%20Population%20with%20Measures%20of%20Precision%2C%20by%20Region%20and%20Province_2015%20and%202018.xlsx; tarikh penerbitan: 4 Jun 2020.
  3. ^ Republic of the Philippines. (29 Mei 1976). Presidential Decree No. 940 - Establishing Manila as the Capital of the Philippines and as the Permanent Seat of the National Government. Diterima pada 2010-04-04 dari Chan Robles Virtual Law Library.
  4. ^ a b Republic of the Philippines. National Statistics Office. (April 2008). "Total Population and Annual Population Growth Rates by Region: Population Censuses 1995, 2000, and 2007". Dicapai pada 2010-04-04.
  5. ^ a b Demographia World Urban Areas & Population Projections (edisi ke-5). (April 2009). Demographia. Diterima pada 2009-12-20.
  6. ^ Republic of the Philippines. National Statistics Office. (2008). "Official population count reveals..." Author. Dicapai pada 2010-04-04.
  7. ^ Republic of the Philippines. National Statistical Coordination Board. (Julai 2009). 2008 Gross Regional Domestic Product - Levels of GRDP. Diterima pada 2010-04-04.
  8. ^ Hawksworth, John, Thomas Hoehn and Anmol Tiwari. "Global City GDP Rankings 2008-2025". UK Economic Outlook November 2009. PricewaterhouseCoopers. m/s. 20. Dicapai pada 2009-11-20.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ "Kadar kemiskinan:". Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 28 Disember 2020.
  10. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/NSCB_LocalPovertyPhilippines_0.pdf; tarikh penerbitan: 29 November 2005.
  11. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/2009%20Poverty%20Statistics.pdf; tarikh penerbitan: 8 Februari 2011.
  12. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/Table%202.%20%20Annual%20Per%20Capita%20Poverty%20Threshold%2C%20Poverty%20Incidence%20and%20Magnitude%20of%20Poor%20Population%2C%20by%20Region%20and%20Province%20%20-%202006%2C%202009%2C%202012%20and%202015.xlsx; tarikh penerbitan: 27 Ogos 2016.
  13. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/Table%202.%20%20Annual%20Per%20Capita%20Poverty%20Threshold%2C%20Poverty%20Incidence%20and%20Magnitude%20of%20Poor%20Population%2C%20by%20Region%20and%20Province%20%20-%202006%2C%202009%2C%202012%20and%202015.xlsx; tarikh penerbitan: 27 Ogos 2016.
  14. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/Table%202.%20%20Annual%20Per%20Capita%20Poverty%20Threshold%2C%20Poverty%20Incidence%20and%20Magnitude%20of%20Poor%20Population%2C%20by%20Region%20and%20Province%20%20-%202006%2C%202009%2C%202012%20and%202015.xlsx; tarikh penerbitan: 27 Ogos 2016.
  15. ^ https://psa.gov.ph/sites/default/files/Table%202.%20%20Updated%20Annual%20Per%20Capita%20Poverty%20Threshold%2C%20Poverty%20Incidence%20and%20Magnitude%20of%20Poor%20Population%20with%20Measures%20of%20Precision%2C%20by%20Region%20and%20Province_2015%20and%202018.xlsx; tarikh penerbitan: 4 Jun 2020.
  16. ^ Torres, Jose Victor Z. (2005). Ciudad Murada: A Walk Through Historic Intramuros. Manila: Intramuros Administration & Vibal Publishing House, Inc. m/s. 62–63. ISBN 971-07-2276-x Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  17. ^ Asia Pacific Energy Research Centre (APERC). Institute of Energy Economics, Japan. (2008). Urban Transport Energy Use in the APEC Region - Benefits and Costs (PDF). Tokyo: Author. m/s. 62. ISBN 978-4-931482-39-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-22. Dicapai pada 2010-11-02.
  18. ^ Metro Manila Development Authority. (2010). Metro Manila Road Classification and Surface Type, 2008. Diterima pada 3 April 2010 dari tapak sesawang Metro Manila Development Authority.
  19. ^ Cervero, Robert. (2000). Informal Transport in the Developing World. UN-HABITAT. ISBN 9211314534.
  20. ^ Coming soon in Metro Manila: Urinals for the handicapped, GMA News.tv, 1 Feb 2010. Dicapai pada 2 Nov 2010.
  21. ^ Census of Population (2015). "National Capital Region (NCR)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  22. ^ Census of Population and Housing (2010). "National Capital Region (NCR)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. NSO. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  23. ^ Censuses of Population (1903–2007). "National Capital Region (NCR)". Table 1. Population Enumerated in Various Censuses by Province/Highly Urbanized City: 1903 to 2007. NSO. Dicapai pada 29 Jun 2016. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  24. ^ Metro Manila Development Authority. (2010). Basic Education Indicators, 2004 to 2008 Diarkibkan 2010-04-06 di Wayback Machine. Diterima pada 3 April 2010 dari laman web Metro Manila Development Authority.
  25. ^ Philippine Information Agency. (2005). The National Capital Region Diarkibkan 2009-07-10 di Wayback Machine. Diterima pada 2010-04-04.