Palsi Bell
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Palsi Bell | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
![]() | |
ICD-10 | G51.0 |
ICD-9 | 351.0 |
P. Data Penyakit | 1303 |
MedlinePlus | 000773 |
eMedicine | emerg/56 |
MeSH | D020330 |
![]() |
Palsi Bell (Inggeris: Bell's palsy) ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya.
Sebab[sunting | sunting sumber]
Palsi Bell ialah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Palsi Bell melibatkan kerosakan dalam saraf muka ke-7. Sebabnya tidak jelas walaupun mungkin boleh jadi disebabkan jangkitan herpes.
Gejala[sunting | sunting sumber]
Gejala penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:
- perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
- kesukaran ketika makan dan minum
- melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
- kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
- mata atau mulut yang kering
- rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
- kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
- sakit kepala
- kehilangan deria rasa
- sakit di belakang atau di depan telinga
- kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
- gerenyetan di muka
- rasa lemah di muka
Rawatan[sunting | sunting sumber]
Dalam banyak kes, tiada rawatan diperlukan. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan gejala.
Ubat kortikosteroid atau antiviral mungkin boleh mengurangkan bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. Pesakit mesti mengambil drug ini pada awal waktu (seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuk lebih berkesan. Tetapi tidak ada kajian yang diterbitkan yang menunjukkan ubat antiviral boleh mempercepatkan proses pemulihan daripada palsi Bell.
Pembedahan untuk melegakan tekanan ke atas saraf masih kontroversi dan belum menunjukkan memberi faedah kepada pesakit Palsi Bell.