Panas Salju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Novel Panas Salju adalah novel remaja karya Dr Talib Samat. Novel ini merupakan kisah separuh benar tentang masyarakat Malaysia. Dalam novel novel ini, watak Zulkifli Mohd Zain adalah Talib Samat sendiri.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Zulkifli Mohd Zain yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur. Anaknya Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL mencadangkan Nadhirah dirawat di King College, London.

Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak, Cheras. Cikgu Bushrah sanggup menderma sebahagian hati kepada anak mereka Nadhirah walaupun risikonya cukup besar.

Zulkifli menemui sahabat lamanya wartawan terkenal Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan mereka disiarkan. Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir yang menjadi CEO syarikat telekomunikasi, Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King's College Hospital, London.

Pakar bedah, Dr Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa di London, Zulkifli dibantu oleh Muliyadi Mahmood, sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah di UITM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saliha Brigite, wanita Perancis. Muliyadi sekampung dengan Zulkifli di Felda Ulu Tiram, Johor.

Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan dan bekerja di sebuah bank. Kemudian berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya Nazli dapat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti yang sama.

Tema[sunting | sunting sumber]

Kasih Sayang dan pengorbanan sepasang suami isteri dalam usaha menyelamatkan nyawa anak mereka, Nadhirah yang menghadapi penyakit rosak hati dan hempedu.

Bukti:

Nadhirah memerlukan pembedahan dengan segera. Demi kasih sayang Zulkifli sanggup meningalkan perasaan malu dan mendedahkan penderitaan anaknya di akhbar semata-matanya untuk mendapat bantuan kewangan agar anaknya dapat dibedah di London. Di samping itu, isteri Zulkifi, Bushrah sanggup mengorbankan sebahagian daripada hatinya untuk didermakan kepada Nadhirah. Walaupun berhadapan dengan bantahan daripada beberapa pihak yang tidak bersetuju pemindahan hati itu dijalankan, tetapi dia tetap dengan keputusannya demi kebahagian anaknya.