Pandangan gen berpusatkan evolusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pandangan gen berpusatkan evolusi atau teori pemilihan gen ialah teori yang menyatakan bahawa evolusi berlangsung melalui pemilihan dan persaingan antara gen yang meningkatkan frekuensi alel yang kesan fenotipnya berjaya ditiru.[1] Penyokong sudut pandang ini berhujah bahawa kerana ciri-ciri diwariskan dari generasi ke generasi hanya melalui gen, maka pemilihan semula jadi dan evolusi sebaiknya dilihat dari sudut pandang gen.

Lawan dari sudut pandang ini ialah sudut pandang organisme yang diterapkan oleh ahli biologi dahulu. Penyokong teori gen egois menyatakan bahawa sudut pandang organisme tidak mampu menjelaskan fenomena seperti altruisme dan konflik antara genom, yang dapat dijelaskan melalui perspektif gen.

Teori gen egois dibangunkan oleh W. D. Hamilton,[2][3][4] Colin Pittendrigh[5] dan George C. Williams.[6] Teori ini kemudian dipopularkan oleh Richard Dawkins dalam bukunya The Selfish Gene (1976)[7] dan The Extended Phenotype (1982).[8]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dawkins, Richard (2006), The Selfish Gene (ed. 3), Oxford University Press, m/s. 88, ISBN 978-0-19-929115-1
  2. ^ Hamilton, W. D. (1963). "The evolution of altruistic behavior". The American Naturalist. 97 (896): 354–356. doi:10.1086/497114.
  3. ^ Hamilton, W.D. (1964). "The genetical evolution of social behaviour I". Journal of Theoretical Biology. 7 (1): 1–16. doi:10.1016/0022-5193(64)90038-4. PMID 5875341.
  4. ^ Hamilton, W.D. (1964). "The genetical evolution of social behaviour II". Journal of Theoretical Biology. 7 (1): 17–52. doi:10.1016/0022-5193(64)90039-6. PMID 5875340.
  5. ^ Pittendrigh, C.S. (1958). "Adaptation, natural selection and behavior". Dalam Roe, A.; Simpson, G. G. (penyunting). Behavior and evolution. Yale University Press, USA.
  6. ^ Williams, G.C. (1966). Adaptation and Natural Selection. Princeton University Press, USA.
  7. ^ Dawkins, R. (1976). The Selfish Gene. Oxford University Press, Oxford, UK. ISBN 0-19-286092-5.
  8. ^ Dawkins, R. (1982). The Extended Phenotype. Oxford University Press, Oxford, UK. ISBN 0-19-288051-9.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]