Paparazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelakon Mickey Hargitay menyerang Rino Barillari, seorang jurugambar bergelar "raja paparazzi", sambil ditolong seorang perempuan yang memukul Barillari dengan begnya di Rom bertarikh 1963

Paparazi merujuk kepada jurugambar bebas yang sering mengekori orang ternama atau orang terkenal - atlet, seniman mahupun politikus ketika melakukan kegiatan seharian mereka - untuk mengambil gambar orang tersebut tanpa disedari. Paparazi cenderung bekerja bersendirian tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau organisasi media perdana, malah hanya memperolehi gambar-gambar tersebut untuk media akhbar yang cenderung membuat laporan sensasi seperti majalah gosip.

Mereka bukanlah wartawan dan selalunya tidak mempunyai apa-apa sijil dalam fotografi mahupun seni halus. Jurugambar paparazi biasanya dianggap sebagai pengacau oleh selebriti.[1]

Asal-usul kata[sunting | sunting sumber]

Perkataan asal iaitu paparazzi ialah bentuk jamak dalam bahasa Itali kepada paparazzo, suatu perkataan dialek yang bermaksud bunyi yang berdengung seakan nyamuk.[2] Penggunaan perkataan "Paparazzo" dalam konteks khusus mengenai jurugambar yang menganggu ini pula diinspirasikan daripada seorang watak jurugambar yang bernama sedemikian dari sebuah filem Itali tahun 1960 bertajuk La Dolce Vita arahan Federico Fellini.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Is Everyone a Journalist?,American Journalism Review, Oktober 1997. Dicapai pada 22 Februari 2013.
  2. ^ "Paparazzo". Treccani.it (dalam bahasa Itali). 
  3. ^ "Definition of paparazzi at Merriam-Webster". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2012. Dicapai 3 August 2012. 
  4. ^ "The Press: The Paparazzi on the Prowl". Time. 14 April 1961. Dicapai 5 Oktober 2009.