Parti Islam Britain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Islam Britain
Islamic Party of Britain
PemimpinDavid Musa Pidcock
DitubuhkanSeptember 1989 (September 1989)
Dibubarkan2006 (2006)
Ibu pejabatMilton Keynes, United Kingdom
IdeologiIslamisme
Kedudukan politikblok ketiga
WarnaHijau
Laman sesawang
http://www.islamicparty.com
Politik the United Kingdom
Parti politik
Pilihan raya

Parti Islam Britain (Bahasa Inggeris: Islamic Party of Britain) merupakan sebuah parti politik yang tidak lagi berfungsi di United Kingdom. Parti ini pernah aktif bermula penubuhannya pada 1989[1] hingga 2006. David Musa Pidcock, seorang lelaki kelahiran Sheffield yang telah memeluk Islam ketika bekerja sebagai jurutera di Arab Saudi, telah mengasas dan mengetuai parti ini[1] Parti ini menerbitkan majalah terbitan suku tahunan berjudul Common Sense.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Parti Islam Britain diasaskan pada September 1989, oleh kumpulan orang Islam yang tidak bersetuju dengan Parti Buruh, sebuah parti yang secara turun temurun mendapat sokongan daripada orang Islam di Britain. Ramai orang Islam tidak gembira dengan fahaman ateis pemimpin Parti Buruh, Neil Kinnock, dan mahukan sebuah parti yang boleh memenuhi kehendak orang Islam secara khusus. Ramai juga yang merasakan bahawa kedua-dua Parti Buruh dan Parti Konservatif tidak melakukan perkara yang sepatutnya untuk membantu orang Islam dalam kontroversi buku Salman Rushdie, The Satanic Verses.[2]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Parti Islam Britain tidak pernah memperoleh kerusi dalam mana-mana Parlimen United Kingdom. Sepanjang penubuhannya, parti ini hanya terlibat dalam 2 jenis pilihan raya sahaja, iaitu Pilihan raya kecil Bradford Utara 1990 dan Pilihan raya umum United Kingdom 1992.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi Yang Ditandingi oleh Parti Islam Britain
Tahun Jenis Kawasan Individu Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1990 Pilihan raya kecil Bradford Utara[3] David Pidcock Parti Islam Britain 800 Terence Rooney Parti Buruh 18,619 9,514
David Ward Parti Liberal Demokrat 9,105
Joyce Atkin Parti Konservatif 6,048
Michael Knott Parti Hijau 447
Robert Tenney Barisan Kebangsaan 305
Joseph Floyd Perikatan Kristian 219
William Beckett Parti Monster Raving Loony 210
Noel Nowosielski Parti Liberal 187
Malcolm Wrigglesworth Konservatif Bebas - Anti-poll Tax 89
1992 Pilihan raya umum Bradford Utara Mohamed H. Nasr Parti Islam Britain 304 Terence Rooney Parti Buruh 23,420 7,664
Mohammed Riaz Parti Konservatif 15,756
David Ward Parti Liberal Demokrat 9,133
Wild Willi Beckett Parti Monster Raving Loony 369
Bradford Selatan Mohammad Naseem Parti Islam Britain 156 Bob Cryer Parti Buruh 25,185 4,902
Andrew S. Popat Parti Konservatif 20,283
Brian J. Boulton Parti Liberal Demokrat 7,243
Bradford Barat[4] David Pidcock Parti Islam Britain 471 Max F. Madden Parti Buruh 26,046 9,502
Andrew J. Ashworth Parti Konservatif 16,544
Alun O. Griffiths Parti Liberal Demokrat 5,150
Peter Braham Parti Hijau 735
Streatham[5] A. Hakin Parti Islam Britain 154 Keith Hill Parti Buruh 18,925 2,317
Bill Shelton Parti Konservatif 16,608
John Pindar Parti Liberal Demokrat 3,858
Roger C. L. Baker Parti Hijau 443
Cynthia Payne Rainbow Dream Ticket 145
John V. Parsons Natural Law 97

Hubungan dengan parti lain[sunting | sunting sumber]

Pada tahun pertama penubuhannya, Pidcock mendakwa partinya merancang untuk bekerjsama dengan Parti Hijau[1] Pada tahun 2004, ahli-ahli parti menyatakan sokongan terhadap gerakan Hormat (Respect Movement) yang mana salah seorang pemimpinnya, Mohammad Naseem, membiayai gerakan tersebut[6].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Dabrowska, Karen (16 November 1989). "British Islamic Party spreads its wings". New Straits Times. Malaysia. Dicapai pada 10 Februari 2010.
  2. ^ "Islamic Party of Britain British UK National Television Elections Launch" – melalui www.youtube.com.
  3. ^ "By Election Betting – A Political Betting Blog". by-elections.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2009.
  4. ^ "UK General Election results: April 1992 [Archive]". politicsresources.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2011. Dicapai pada 8 Jun 2013.
  5. ^ "Election Data 1992". Electoral Calculus. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2011. Dicapai pada 18 Oktober 2015.
  6. ^ Muir, Hugh (25 November 2005). "Gay group tells Galloway to cut ties with donor". The Guardian. Dicapai pada 10 Februari 2010.