Islamisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Islamisme (Islam+-isme; Bahasa Arab: الاسلاميةal-'islāmiyya) juga Bahasa Arab: إسلام سياسيal-Islām al-Siyāsiyy, harf., "Islam Politik" - istilah yang diperkenalkan orang bukan Muslim - ialah satu set ideologi yang menyatakan Islam bukan sahaja agama malah juga merupakan sistem politik; yang Muslim moden harus kembali kepada akar agama mereka, dan bersatu secara politik.

Islamisme merupakan istilah kontroversi dan takrifannya berbeza-beza. Pemikir terkemuka Islamisme menekankan penguatkuasaan syariah (hukum Islam) terhadap Muslim; kesepakatan politik pan-Islamisme; dan penghapusan pengaruh tentera, ekonomi, politik, sosial dan budaya Barat dalam dunia Islam, yang dipercayai mereka sebagai tidak serasi dengan Islam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Qutbism: An Ideology of Islamic-Fascism oleh DALE C. EIKMEIER daripada Parameters, musim bunga 2007, m/s. 85-98.