Pasar kereta api Maeklong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasar kereta api Maeklong yang menarik ini terletak di Mae Klong, Samut Songkhram, Thailand. Kereta api komuter no 4382 dari Mae Klong menuju ke Ban Laem akan melalui pasar kereta api ini.[1] Lembaga Perlancongan Thailand mempelawa peminat kereta api ke pasar kereta api yang terletak di tengah Thailand ini.

Perjalanan bermula dari Stesen kereta api Wong Wien Yai di Thonburi di sebelah barat Sungai Chao Phraya. Kemudian melalui Sungai Tha Chin menuju ke Stesen kereta api Ban Laem. Dari situ menuju ke Mae Klong (Samut Songkram). Ia dikenali sebagai Mahachai, yang terletak di sebelah Teluk Siam / Teluk Thai. Namanya diubah kepada Samut Sakhon sejak Raja Rama IV.

Pasar di atas landasan kereta api[sunting | sunting sumber]

Pemandangan unik, kereta api penumpang sedang melalui di tengah-tengah Pasar Maeklong, Samut Songkhram, Thailand

Landasan kereta api dijadikan tapak perniagaan oleh penduduk Siam untuk berniaga buah-buahan, makanan, pakaian dan sebagainya. Gerai-gerai beroda digunakan supaya dapat dialih-alihkan apabila loceng keselamatan kereta api dibunyikan. Kereta api bergerak agak perlahan memandangkan ia baru mula keluar dari stesen kereta api. Peniaga sudah siap sedia mengubah gerai-gerai mereka agar tidak ada kemalangan berlaku. Kanvas mudah alih turut dipindahkan sebentar sementara kereta api lalu. Ada yang membiarkan sahaja buah-buahan dilalui oleh kereta api kerana telah dipastikan tidak mengenai lantai dan roda kereta api. Mereka cukup tahu tentang lebar, panjang dan ketinggian lantai kereta api.

Pihak berkuasa kereta api tidak dapat berbuat apa-apa kerana di situlah sumber rezeki mereka dan sanggup bersabong nyawa kerananya. Mengikut temuramah diantara wartawan Majalah TV3, Gan Bock Khim, bersama para peniaga di Pasar kereta api Maeklong, mereka diminta untuk membayar RM 3 sehari bersamaan THB 30 sehari kepada Jabatan Kereta Api Thailand sebagai wang sewaan tapak pasar di tanah milik jabatan kereta api.

Pada 29 Mei 2010, program Majalah 3 TV3 menyiarkan keunikan pasar ini untuk tatapan penonton di Malaysia. Sebuah iklan Thailand juga menggunakan lokasi ini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]