Pasaraya Besar Giant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd
ريتايل ﴿مليسيا﴾ سنديرين.برحد GCH
Swasta
IndustriRuncit: Gedung Diskaun, Kedai runcit, dan Pasar Raya Besar
Ditubuhkan1944; 75 tahun yang lalu (1944) di Kuala Lumpur, Malaya (kini Malaysia)
PengasasKeluarga Teng
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Bilangan kawasan
86 cawangan (2019)
Perancang utama
Keluarga Teng (1944–1999)
Simon Keswick (CEO)
Howard Mowlem (Chairman/(GFD)
PemilikDairy Farm International Holdings
IndukDairy Farm International Holdings
Laman sesawangwww.giant.com.my (Malaysia)
giant.sg (Singapura)

Giant Hypermarket ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, dan Emiriyah Arab Bersatu. Ia adalah anak syarikat kepada Dairy Farm International Holdings (DFI).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Dairy Farm International Holdings yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Ia mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.

Setelah usaha enam tahun yang merangkumi mereka bentuk gedungnya, pengenalan produk bukan makanan dalam pasar raya besar Giant, pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia.

Pada 1999, gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di Shah Alam, Selangor. Menjelang tahun 2006, syarikat ini telah mengembang untuk mengoperasi sejumlah 86 pasar raya besar/pasar raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar raya besar 350,000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di Bangsar, Kuala Lumpur. Rangkaian ini juga meliputi 6 gedung di selatan Malaysia iaitu Singapura. Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah.Cawangannya yang baru pula dibuka di Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu pada 2008 yang terletak di hadapan 'Bukit Hollywood' Kuala Terengganu iaitu Bukit Besar.

Galeri[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]