Patrick Leahy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patrick Leahy
Presiden pro tempore Senat Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 2021 – 3 Januari 2023
Didahului olehChuck Grassley
Digantikan olehPatty Murray
Dalam jawatan
17 Disember 2012 – 3 Januari 2015
Didahului olehDaniel Inouye
Digantikan olehOrrin Hatch
Senator A.S.
dari Vermont
Dalam jawatan
3 Januari 1975 – 3 Januari 2023
Didahului olehGeorge Aiken
Digantikan olehPeter Welch
Presiden pro tempore emeritus Senat
Amerika Syarikat
Dalam jawatan
3 Januari 2015 – 20 Januari 2021
Didahului olehTed Stevens
Digantikan olehChuck Grassley
Butiran peribadi
LahirPatrick Joseph Leahy
(1940-03-31) 31 Mac 1940 (umur 84)
Montpelier, Vermont, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganMarcelle Pomerleau (k. 1962)
Anak-anak3
PendidikanSaint Michael's College
Georgetown University
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web Senat

Patrick Joseph Leahy (/ˈlhi/; lahir 31 Mac 1940) ialah seorang ahli politik dan pelakon separuh masa Amerika Syarikat yang telah berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat dari Vermont dari tahun 1973 hingga tahun 2023. Leahy ialah presiden pro tempore Senat Amerika Syarikat sebanyak 2 kali. Berkhidmat selama lapan penggal, beliau ialah senator paling kanan berkhidmat dalam sejarah negeri beliau.

Dekan delegasi kongres negeri, Leahy ialah senator A.S. dari Vermont paling lama berkhidmat dan juga senator pertama Demokrat dari Vermont. Beliau ialah bekas pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Kehakiman. Beliau telah berkhidmat sebagai anggota ranking Jawatankuasa Peruntukan sejak tahun 2017. Pada tahun 2001, Leahy ialah salah satu daripada dua senator A.S. yang menjadi sasaran serangan anthrax yang mengorbankan lima orang.

Leahy merupakan peminat watak Batman dan telah membuat beberapa penampilan khas dalam beberapa episod dan filem televisyen Batman bermula dengan kameo yang tidak dikreditkan di Batman Forever (1995).[1][2] Beliau melakukan alih suara seorang gabenor wilayah dalam episod Batman: The Animated Series "Showdown" (1995), muncul sebagai dirinya sendiri dalam filem Batman & Robin (1997) dan muncul dua kali dalam Dark Knight Trilogy sebagai ahli lembaga Wayne Enterprises. Dalam The Dark Knight (2008), beliau memberitahu Joker "Kami tidak diintimidasi oleh samseng", di mana Joker menjawab, "Awak tahu, awak mengingatkan saya kepada ayah saya. Saya benci ayah saya."[3] Dalam filem The Dark Knight Rises (2012), beliau mempertahankan warisan keluarga Wayne daripada percubaan untuk merampas syarikat oleh seorang usahawan bernama John Daggett.[4] Leahy juga muncul dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, melakonkan watak Senator Purrington, di tempat kejadian semasa sidang Senat yang kemudiannya musnah akibat letupan.[5]

Leahy berkahwin dengan Marcelle Pomerleau pada tahun 1962 dan mempunyai tiga orang anak: Kevin, Alicia dan Mark. Leahy ialah seorang penganut Kristian Katolik.[6]

Pada 15 November 2021, Leahy mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula ke Senat pada pilihan raya tahun 2022.[7] Penggal beliau tamat pada 3 Januari 2023, dan digantikan oleh Peter Welch.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Watak Catatan
Batman Forever 1995 Dirinya
Batman: The Animated Series Gabenor Wilayah satu episod: "Showdown"
Batman & Robin 1997 Dirinya Kameo
The Dark Knight 2008 Ahli Lembaga Wayne Enterprises
The Dark Knight Rises 2012
Batman v Superman: Dawn of Justice 2016 Senator Purrington

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cooper, Matthew (March 1996). "Hollywood, D.C." Los Angeles. m/s. 70. Vermont senator Patrick Leahy filmed a cameo appearance in Batman Forever;
  2. ^ Heintz, Paul (July 11, 2012). "Fair Game: Holy Cash, Batman!". Seven Days.
  3. ^ Belluck, Pam (July 12, 2008). "Holy Cameo, Batman! It's a Senator!". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2015. Dicapai pada May 18, 2013.
  4. ^ McDevitt, Caitlin (July 3, 2012). "Leahy making another 'Dark Knight' cameo". Politico. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2013. Dicapai pada May 18, 2013.
  5. ^ Affleck, Ben (March 26, 2015). "Opening Statement, Senate hearing on diplomacy". C-SPAN.
  6. ^ Friedman, Jeanette (October 27, 2010). "What Is Patrick Leahy's Religion?". Politics Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada September 18, 2014. Dicapai pada January 13, 2015.
  7. ^ Teaganne Finn; Jacob Fulton (November 15, 2021). "Sen. Patrick Leahy announces he won't run for re-election". NBC News (dalam bahasa Inggeris).CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikisource