Paus sperma
| Paus sperma |
|---|
Perbandingan saiz dengan manusia |
| Pengelasan saintifik |
|
|
Paus kepala kotak (kata sifat pinjam terjemah bahasa Lamaholot: kotekĕlema /kotəkəlema/,[1] juga dikenali di Indonesia terus sebagai koteklema[2]; Physeter macrocephalus) adalah paus bergigi terbesar malah reratanya haiwan bergigi terbesar wujud di dunia. Paus ini masyhur dari minyak dalam kepalanya seputih air mani yang sering diburu. Kepala paus kepala kotak yang besar dan bentuk yang berbeza, dan juga peranan utamanya dalam novel Moby-Dick karya Herman Melville.
Gambaran fizikal
[sunting | sunting sumber]Paus kepala kotak berbeza kerana kepalanya yang besar, terutama bagi paus jantan, yang biasanya satu per tiga daripada panjangnya. Malah, nama spesies macrocephalus diambil dari bahasa Yunani untuk 'kepala besar'. Berbeza dengan kulit yang licin sebagaimana kebanyakan pauh gergasi lain, kulit dibelakang paus kepala kotak biasanya berkedut dan telah disamakan dengan prune oleh peminat pemerhati paus (rujuk 5. di bawah). Mereka bewarna kelabu serata dan mungkin kelihatan perang dibawah cahaya matahari ("Great White Whale" dalam novel Melville, sekiranya haiwan tersebut wujud, kemungkinannya albino). Tidak menghairankan, otak Paus kepala kotak adalah yang terbesar dan terberat bagi semua haiwan(berat purata 7 kg dalam paus jantan dewasa). Bagaimanapun, otak Paus Sperma adalah tidak besar jika dibandingkan dengan saiz badan..
Liang hembus terletak berhampiran dengan bahagian hadapan kepala dan condong ke kiri (jika dilihat kearah yang sama dengan paus). Ini memberikan ciri-ciri hembusan berberkembang yang jelas kearah hadapan. Dorsal fin nya terletak sekitar dua pertiga kebawah tulang belakang dan biasanya pendek dan berbentuk segi tiga sekata. Fluke nya juga berbentuk segi tiga dan amat tebal. Flukes diangkat tinggi keluar daripada air sebelum paus memulakan selaman dalam.
Paus kepala kotak mempunyai 20-26 pasang gigi kon pada rahang bawah mereka. Setiap gigi mampu mencecah sehingga satu kilogram. Sebab kewujupan gigi ini tidaklah diketahui dengan pasti. Ia dipercayai bahawa gigi-gigi tersebut tidak diperlukan untuk makan sotong (lihat Makan di bawah), malah Paus Sperma liar yang sihat dan cukup makan telah dilihat tanpa gigi. Consensus para saintis masa kini adalah gigi-gigi tersebut mungkin digunakan dalam pertelingkahan antara paus jantan dalam spesies yang sama. Hipotesis ini selari dengan gigi yang bentuk kon dan jarang-jarang. Gigi bentuk asas juga terdapat dibahagian rahang atas tetapi ia jarang tumbuh nampak dimulut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Pampus, Karl-Heinz (1999). Koda kiwã: dreisprachiges Wörterbuch der Lamaholot-Sprache, Dialekt von Lewolema (dalam bahasa Jerman). Deutsche Morgenländische Gesellschaft. m/s. 274. ISBN 3-515-07527-5.
- ↑ Andriana, Maria D. (2007-05-12). "Koteklema Sumber Hidup Warga Lamalera". Antara.