Pergi ke kandungan

Herman Melville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Herman Melville
Potret cat minyak bertarikh 1870 oleh Joseph Oriel Eaton.
Potret cat minyak bertarikh 1870 oleh Joseph Oriel Eaton.
Lahir(1819-08-01)1 Ogos 1819
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal duniaSeptember 28, 1891(1891-09-28) (umur 72)
New York City, New York, A.S.
Tempat pengebumianWoodlawn Cemetery
The Bronx, New York
PekerjaanPenulis novel dan cerpen, penyajak, pensyarah dan kelasi
Pergerakan sasteraRomantisisme
PasanganElizabeth Knapp Shaw (1822–1906) (k. 1847)
Anak
  • Malcolm (1849–1867)
  • Stanwix (1851–1886)
  • Elizabeth (1853–1908)
  • Frances (1855–1938)
Tandatangan

Herman Melville[a] ([hĕr.mĕn mél.vil]; 1 Ogos 1819 – 28 September 1891) merupakan seorang penulis dan penyajak dari Amerika Syarikat.

Penulisan beliau tidak begitu dikenali semasa hayatnya namun kemasyhuran mula mendatang pada ulang tahun kelahiranya yang ke-100 pada 1919 di mana para pengkritik sastera zaman itu mula menemui semula karyanya lalu menilai sebagai antara mahakarya terhebat kesusasteraan dunia.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Herman Melvill lahir di Bandar Raya New York pada tanggal 1 Ogos 1819.[1] Beliau anak ketiga daripada lapan adik-beradik kepada Allan Melvill (1782–1832)[2] dan Maria (Gansevoort) Melvill (1791–1872) yang berketurunan Belanda. Kedua-dua datuk dari kedua-dua belah ibu bapanya terlibat dalam Perang Revolusi Amerika; datuk sebelah ayahnya Mej. Thomas Melvill (1751–1832) terlibat dalam rusuhan menentang pihak British di pelabuhan Boston[3] manakala datuk sebelah ibunya Jen. Peter Gansevoort (1749–1812) terlibat memimpin serbuan terhadap Fort Stanwix di New York pada tahun 1777.[4]

Herman mula bersekolah pada usia 5 tahun tidak lama setelah keluarganya berpindah ke kediaman baharu mereka di Manhattan;[5] dia dan abangnya Gansevoort, dihantar ke New York Male High School. Beliau dijangkiti demam skarlatina 2 tahun kemudian, di mana penyakit tersebut agak melambatkan pertuturannya;[6][7] namun Herman segera pulih lalu dapat petah berkata-kata.[6][8] Kedua-dua adik-beradik tersebut meneruskan pelajaran mereka di Columbia Grammar & Preparatory School pada tahun 1829.[6]

Ayahnya Allan meninggal dunia mencecah usia 50 tahun pada 28 Januari 1832 berikutan penyakit misteri yang dihidapnya secara berlarutan kerana terpaksa merantau kembali dari Bandar Raya New York dalam cuaca sejuk beberapa bulan sebelumnya.[9][10] Ibunya segera mencari ketenangan melibatkan diri dalam kegiatan gerejanya, First Reformed Dutch Church yang bermazhab Calvinis; malah dia dimasukkan sebagai anggota aktif gereja tersebut pada April tahun sama. Pendedahan Herman dalam persekitaran gereja ini dilihat banyak mempengaruhi pemikiran dan kerohanian awal hidupnya.[11]

Kerjaya pelautan

[sunting | sunting sumber]

Dalam suatu surat bertarikh 31 Mei 1839 ditulis abangnya Gansevoort di New York, dia mencadangkan Herman bekerja sebagai seorang pemburu ikan paus atau saudagar.[12] Atas cadangan yang inilah Herman mendaftar sebagai anak kapal dalam kapal St. Lawrence keesokan hari selepas meerima surat tersebut. Kapal St. Lawrence ini berlayar dari New York ke Liverpool; beliau kembali ke New York pada 1 Oktober tahun sama.[13] Pengalaman pelayarannya diabadikan dalam sebuah karya bertajuk Redburn: His First Voyage (1849).

Senja hidup

[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 28 September 1891 akibat "pembengkakan jantung" (cardiac dilation) menurut sijil kematiannya.[14] Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Woodlawn di the Bronx, Bandar Raya New York.[15]

Bibliografi terpilih

[sunting | sunting sumber]

Novel cereka

[sunting | sunting sumber]

Cerita pendek

[sunting | sunting sumber]

Antologi sajak

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Originally spelled "Melvill". After the death of Melville's father in 1832 his mother added an "e" to the family surname—seemingly at the behest of her son Gansevoort. (Parker 1996, p. 67.)
  1. ^ Parker, Hershel (1996). Herman Melville: A Biography, 1819-1891. The Johns Hopkins University Press. m/s. 23.
  2. ^ Genealogical chart in Parker (2002), 926–929
  3. ^ Delbanco (2005), 19
  4. ^ Delbanco (2005), 17
  5. ^ Parker (1996), 27
  6. ^ a b c Sealts (1988), 17
  7. ^ Parker (1996), 35 and 38
  8. ^ Parker (1996), 38–39
  9. ^ Parker (1996), 56–57
  10. ^ Parker (1996), 58
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Arvin 1950
  12. ^ Parker (1996), 143
  13. ^ Olsen-Smith (2015), xliv
  14. ^ Delbanco (2005), m/s. 319
  15. ^ Wilson (2016), Kindle Location 32027
Sumber utama

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]