Pawang Kadir (Abdul Kadir bin Awang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pawang Kadir atau nama sebenarnya Abdul Kadir bin Awang merupakan seorang tokoh terkenal di daerah Temerloh sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan seorang Pawang diraja negeri Pahang pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah (22 Jun 1932 - 5 Mei 1974)

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pawang Kadir dilahirkan di Kampung Guai, Temerloh (kini Bera) Pahang pada tahun 1907. Ayahnya bernama Haji Awang bin Imam Kassim dan ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Guai.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Pawang Kadir, selain seorang Pawang, beliau juga merupakan penghulu pertama Kampung Seberang Guai. Kampung tersebut dibuka oleh sebahagian orang-orang dari Kampung Guai untuk mendapatkan kemudahan asas yang lebih baik di seberang kerana di situ lebih dekat dengan pekan Triang (Bera) dan Durian Tawar.

Sepanjang hidupnya, Pawang Kadir terkenal dengan kisah-kisah beliau dengan buaya di Sungai Pahang, Sungai Bera, Sungai Triang, Tasik Chini dan sebagainya.