Pax Romana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pax Romana ([paks ro-ma-na], Bahasa Latin untuk "Perdamaian Roma") adalah suatu tempoh panjang yang relatif damai dan kurang berlakunya pengembangan kekuatan tentera Romawi yang dirasakan Empayar Rom setelah berakhir Perang Akhir Republik Romawi dan sebelum awal Krisis Abad Ketiga. Selama waktu ini, empayar Rom mencapai kemuncak wilayah dan kependudukan meningkat sehingga mencecah 70 juta orang, yakni satu pertiga kependudukan dunia pada ketika itu.[1]. Zaman ini juga disebut Pax Augusta sempena maharaja Augustus yang menerintah. Zaman ini dijangkau selama 206 tahun (27 SM sampai 180 M), dari saat Augustus menjadi maharaja hingga zaman pemerintahan Maharaja Marcus Aurelius.[2] Zaman ini bisa diibaratkan seumpama zaman Pax Sinica di dunia Timur oleh China dinasti Han.[3]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Catatan pertama mengenai istilah ini didapati dalam penulisan Seneca yang Muda in 55 AD.[4]

Zaman ini dikatakan bermula selepas Augustus menewaskan Mark Antony dan Cleopatra dalam Pertempuran Actium pada 2 September 31 SM lalu menjadi maharaja Roma.[2][5][1] Beliau mewujudkan suatu junta tentera dianggotai golongan tentera yang berepngaruh lalu mengelakkan berlakunya perang saudara secara berterusan (walau bagaimanapun, terdapat jga koflik kecil yang berlaku diHispania dan di Pergunungan Alp.

Augustus menghadapi masalah meyakinkan rakyatnya keamanan sebagai suatu gaya hidup yang diterima setelah berlangsungnya perang sesama mereka dalam kawasan peluasan Rom selama 200 tahun,[6] bahawa kemakmuran boleh dicapai sewaktu ketiadaan peperangan dalam susasan yang aman damai berbanding ketika berprang dalam pertempuran yang berisiko tinggi. Augustus berjaya mengatasi cabaran ini melalui usaha propaganda sangat berkesan yang turut diikutimaharaja yang memerintah selepas baginda.[6] Cara berpolitik Augustus masih diteruskan selepas kemangkatan baginda pada 14 TM. terutamanya oleh lima maharaja terakhir zaman ini.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "The Pax Romana". www.ushistory.org. Dicapai 2017-02-10. 
  2. ^ a b "Pax Romana". Britannica Online Encyclopedia. 
  3. ^ Plott, John C. (1989). Global History of Philosophy. Delhi: Motilal Banarsidass. m/s. 57. ISBN 9788120804562. 
  4. ^ Ali Parchami (2009). Hegemonic Peace and Empire: The Pax Romana, Britannica and Americana. Routledge. m/s. 25. ISBN 978-1-134-00704-2. 
  5. ^ Davis, Paul K. (1999). 100 Decisive Battles from Ancient Times to the Present: The World’s Major Battles and How They Shaped History. Oxford: Oxford University Press. m/s. 63. ISBN 1-5760-7075-1. 
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Stern tidak disediakan

Rujukan[sunting | sunting sumber]