Peginterferon alfa-2a

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peginterferon alfa-2a
Data klinikal
Nama dagangPegasys, dan lain-lain
AHFS/Drugs.comProfessional Drug Facts
MedlinePlusa605029
Data lesen
Kategori
kehamilan
Kaedah
pemberian
Subkutaneus
Kelas ubatInterferon alfa[1]
Status perundangan
Status perundangan
  • In general: ℞ (Preskripsi sahaja)
Data kimia dan fizikal
FormulaC860H1353N227O255S9
Jisim molar19241 g/mol (tidak terpegil)
40000 g/mol (terpegil)
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)

Interferon alfa-2a terpegil, antaranya dijual dengan jenama Pegasys, merupakan ubat yang digunakan untuk merawat hepatitis C dan hepatitis B.[1] Untuk hepatitis C ia biasanya digunakan bersama ribavirin dan kadar penyembuhan adalah sekitar 24 hingga 92%.[1][2] Untuk hepatitis B ia boleh digunakan secara bersendirian.[3] Ia diberi melalui suntikan di bawah kulit.[1]

Kesan sampingan pengambilan ubatan ini merupakan perkara biasa,[4] yang mungkin termasuk sakit kepala, rasa letih, kemurungan, masalah tidur, keguguran rambut, loya, sakit di tempat suntikan dan demam.[1] Antara kesan sampingan teruk mungkin termasuk psikosis, gangguan autoimun, pembekuan darah atau jangkitan.[1] Penggunaan bersama ribavirin tidak digalakkan semasa mengandung.[1] Interferon alfa-2a terpegil berada dalam keluarga ubat interferon alfa.[1] Ia dipegilkan untuk melindungi molekul daripada terurai.[4]

Interferon alfa-2a terpegil ini telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 2002.[1] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[5] Kos borong di negara membangun adalah antara 500.00 sehingga 4,800.00 dolar AS untuk kegunaan 12 minggu.[6] Di Amerika Syarikat anggaran harga berada pada sekitar AS$9,250.00,[4] manakala di United Kingdom penggunaan ubatan selama 12 minggu menelas kos NHS kira-kira 1492.80 paun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "Peginterferon Alfa-2a (Professional Patient Advice) - Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
  2. ^ "Pegasys 135 mcg and 180 mcg solution for injection in pre-filled pen - Summary of Product Characteristics (SPC) - (eMC)". www.medicines.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
  3. ^ a b British national formulary : BNF 69 (ed. 69). British Medical Association. 2015. m/s. 639. ISBN 9780857111562.
  4. ^ a b c "Peginterferon alfa-2a (Pegasys) - Treatment - Hepatitis C Online". www.hepatitisc.uw.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2016. Dicapai pada 12 January 2017.
  5. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  6. ^ "Inclusion of the injectable formulation of peginterferon alfa-2a and -2b is proposed for the treatment of hepatitis C among adults" (PDF). who.int. m/s. 11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.