Pejabat Penggawa Daerah Temangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pejabat Penggawa Daerah Temangan yang dikenali sebagai PPDT mempunyai beberapa mukim. Mengikut pembahagian tanah, daerah ini dibahagikan kepada empat buah mukim iaitu, Mukim Kuala Kerak, Mukim Pekan Temangan, Mukim Temangan Lama dan juga Mukim Kerila.Penggawa (Penghulu - Istilah Luar Kelantan) merupakan ketua tertinggi di sesebuah daerah dan dibantu oleh pembantu penggawa.Setiap daerah mempunyai beberapa buah mukim Penghulu (Ketua Kampung - Istilah Luar Kelantan) dan setiap mukim akan diketuai oleh, Penghulu mukim, ketua kampung ataupun tok sidang. Penggawa bertanggung jawab kepada kerajaan negeri dan bertanggungjawab kepada Ketua Jajahan. Seseorang penggawa mestilah boleh berkomunikasi dengan penduduk kampung. Selain itu,penggawa mestilah fasih membaca al-Quran, menulis dan membaca tulisan Jawi. Mereka yang terpilih mestilah berasal dari negeri tersebut dan sanggup meredah kampung di bawah tadbirnya untuk meninjau keadaan penduduk setempat.Tambahan pula, dialek tempatan mestilah dipelajari dan di kuasai serta dapat berkomunikasi dengan penduduk setempat secara mesra tanpa mengira agama atau bangsa. Pelbagai kemudahan disediakan di sediakan di PPDT agar penggawa dapat mentadbir sesebuah mukim dengan jayanya.Pejabat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti telefon, mesin faks, bekalan air, elektrik, peralatan bantuan dan sebagainya.Penggawajuga akan mendapatkan maklumat daripada pembantu penggawa, penghulu ataupun ketua kampung mengenai kawasan yang di tadbirnya. PPDT juga akan mengadakan mesyuarat bersama Pegawai Daerah atau Ketua Jajahan bagi menyuarakan segala permasalahan yang di hadapi oleh penduduk Temangan. Pejabat Penggawa atau kompleks pengawa dibina di lokasi yang strategik. Secara umumnya penggawa mengetahui perkembangan pembangunan dan keperluan sesebuah mukim dan kampung.Penggawa juga akan menghadirkan diri beliau dalam majlis perkahwinan, kematian, berkhatan, khatam Al Quran, berangkat ke tanah suci dan lain-lain. Penggawa juga mengetahui tanah-tanah yang akan dibangunkan dan tanah yang akan dijual di kawasan tadbirnya dan urusan ini menjadi sebahagian dari tugas penggawa.

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEJABAT PENGGAWA DAERAH TEMANGAN

Pejabat Penggawa Daerah Temangan terletak di Pekan Temangan, Machang, Kelantan.Temangan pula merupakan sebuah daerah yang terletak di bawah Jajahan Machang.Dari segi pentadbiran politik, ianya terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N034 TEMANGAN dan Parlimen P029 MACHANG.Pejabat Penggawa ini lebih dikenali dengan sebutan PPDT.

Pejabat Penggawa ini ditubuhkan di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.Pejabat ini dijadikan pusat pentadbiran di daerah Temangan.Pejabat penggawa ini dibina sekitar 1988 dan siap dibina pada akhir tahun 1989.Dan beroperasi secara rasmi pada 12 Mac tahun 1990. Pada pertengahan tahun 1997 pejabat ini telah diperbesarkan bagi menjamin keselesaan penduduk yang datang untuk berurusan dengan penggawa dalam hal-hal yang berkaitan.Pejabat ini juga telah berpindah dari tempat asalnya dan dipindahkan bersebelahan dengan Pejabat Pos. Namun pejabat penggawa yang lama tetap tidak dirobohkan sehingga hari ini bagi menjadikan tempat bersejarah di Temangan.

Pejabat Penggawa Daerah Temangan ini diketuai oleh penggawa dan dibantu oleh Pembantu Penggawa, staf-staf PPDT dan seterusnya penghulu bagi setiap mukim yang  berada dibawah daerahnya.