Pekerja kolar putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pekerja kolar putih (Bahasa Inggeris: white collar worker[s]) merujuk kepada pekerja yang melakukan pekerjaan yang tidak melibatkan kerja manual, lazimnya dalam pekerjaan merangkumi bidang yang memerlukan kepakaran pentadbiran atau pengurusan; hal ini membezakan dengan pekerja kolar biru.

Gelaran sebegini datang daripada penampilan para pekerja ini yang sering memakai kemeja putih sebagai sebahagian utama daripada sut yang dipakai bekerja dalam pejabat semasa abad ke-19 dan 20 di dunia Barat berbanding dengan pakaian baju luar (overalls) yang sering dipakai golongan buruh pada zaman-zaman itu; pengungkapan ini terutamanya dimasyhurkan oleh penulis Upton Sinclair yang mengkarya keadaan dialami pekerja sedemikian di AMerika Syarikat pada dekad tahun 1930-an.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford English Dictionary, 3rd edition. Electronically indexed online document. White collar, usage 1, first example.