Orang kaya baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Orang kaya baru (pinjam terjemah bahasa Perancis nouveau riche [nuvo ʁiʃ; nu-vo risy]- bandingkan dengan Bahasa Inggeris: new rich atau new money) merupakan sebuah kelas sosial terdiri daripada orang-orang yang pada asalnya berada dalam kelas lebih bawah namun memperoleh dan mengumpul kekayaan sendiri dalam jumlah yang besar dalam waktu cepat (lazimnya dalam tempoh pembentukan suatu generasi)[1] sehingga taraf hidup mereka setaraf atau melebihi "orang kaya lama" yang mewarisi kekayaan mereka daripada tetua sebelumnya yang berharta.

Pengungkapan mengenai fenomena ini sering dilakukan dengan tujuan mengejek dan memiliki konotasi negatif. Individu yang dilihat terangkum atau tergolong dalam kelas bergelar sebegini dikatakan tidak mempunyai citarasa yang baik dari segi penilaian terhadap media berkaitan[2] serta sering terlibat dalam pembelanjaan dan pengunaan barangan mewah untuk menunjukkan status mereka sebagai dalam kalangan golongan atas semata-mata (conspicuous consumption).

Rujukan dan nota kaki[sunting | sunting sumber]


Templat:Sosiologi-stub