Pelanggar Hadron Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 46°14′N 06°03′E / 46.233°N 6.050°E / 46.233; 6.050

Rajah LHC

Pelanggar Hadron Besar (Bahasa Inggeris: Large Hadron Collider, LHC) ialah pemecut zarah terbesar dan bertenaga tertinggi di dunia, yang dibina untuk melanggarkan alur tercas sama ada proton pada tenaga 7 TeV (1.12 mikrojoule) sezarah, atau nukleus plumbum pada tenaga 574 TeV (92.0 µJ) senukleus. Istilah hadron bererti zarah-zarah yang terdiri daripada kuark. LHC dijangka menjawab persoalan-persoalan paling asas dalam ilmu fizik, dengan harapan memajukan pemahaman hukum-hukum alam yang dalam sekali. LHC terletak dalam sebuah terowong bawah tanah berlilitan 27 kilometer (17 bt), sedalam 175 meter (574 ka) di bawah sempadan Perancis-Switzerland berhampiran Geneva, Switzerland.

Pelanggar Hadron Besar dibina oleh Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) dengan tujuan menguji pelbagai ramalan fizik bertenaga tinggi, termasuk kewujudan hypothesized boson Higgs yang dihipotesiskan selama ini[1] dan sefamili besar zarah-zarah baru yang diramai oleh supersimetri.[2] LHC dibiayai dan dibina bersama oleh lebih 10,000 orang saintis dan jurutera dari lebih 100 negara dan juga ratusan universiti dan makmal.[3]

Pada 10 September 2008, buat julung kalinya alur-alur proton berjaya diedarkan dalam gelang utama LHC,[4] tetapi sembilan hari kemudian, operasinya dihentikan kerana terdapat kerosakan besar di antara dua magnet lentur superkonduktornya.[5] Kerja-kerja pembaikan kerosakan dan memasang ciri-ciri keselamatan baru mengambil masa mencecah setahun.[6][7] Pada 20 November 2009, alur-alur proton berjaya diedarkan semula,[8] dengan pelanggaran antara proton pertama dicatat tiga hari kemudian pada tenaga suntikan 450 GeV sealur.[9] Maka itulah, LHC menjadi pemecut zarah bertenaga tertinggi di dunia pada 30 November 2009, dengan mencapai rekod dunia 1.18 TeV sealur, sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh Tevatron dari Fermilab.[10] Selepas ditutup sempena musim sejuk pada tahun 2009, LHC dibuka semula dan alurnya ditingkatkan kepada 3.5 TeV sealur,[10] iaitu separuh tahap tenaga rekaannya,[11] yang dirancangnya selepas penutupannya pada tahun 2012.

Pada 30 Mac 2010, pelanggaran terancang pertamanya dilakukan antara dua alur 3.5 TeV, yang mencatat rekod dunia baru untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Missing Higgs". CERN. 2008. Dicapai pada 2008-10-10. 
  2. "Towards a superforce". CERN. 2008. Dicapai pada 2008-10-10. 
  3. Roger Highfield (16 September 2008). "Large Hadron Collider: Thirteen ways to change the world". Telegraph. Dicapai pada 2008-10-10. 
  4. "First beam in the LHC – Accelerating science" (Press release). CERN Press Office. 10 September 2008. Dicapai pada 2008-10-09. 
  5. Paul Rincon (23 September 2008). "Collider halted until next year". BBC News. Dicapai pada 2008-10-09. 
  6. "CERN management confirms new LHC restart schedule" (Press release). CERN Press Office. 9 February 2009. Dicapai pada 2009-02-10.  Check date values in: |date= (bantuan)
  7. "CERN reports on progress towards LHC restart" (Press release). CERN Press Office. 19 June 2009. Dicapai pada 2009-07-21.  Check date values in: |date= (bantuan)
  8. "The LHC is back" (Press release). CERN Press Office. 20 November 2009. Dicapai pada 2009-11-20. 
  9. "Two circulating beams bring first collisions in the LHC" (Press release). CERN Press Office. 23 November 2009. Dicapai pada 2009-11-23. 
  10. 10.0 10.1 "LHC sets new world record" (Press release). CERN Press Office. 30 November 2009. Dicapai pada 2010-03-30.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "CERN20091130" defined multiple times with different content
  11. "Collider to Operate Again, Though at Half Power" (Press release). The New York Times. 4 February 2010. Dicapai pada 2010-02-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  12. "CERN LHC sees high-energy success" (Press release). BBC News. 30 March 2010. Dicapai pada 2010-03-30.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:CERN