Kuark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuark
Tiga bebola berwarna (melambangkan kuark) berpasangan dan terikat dengan spring (melambangkan gluon), kesemuanya dalam bulatan kelabu (melambangkan sesuatu proton). Bebola merah dan biru melambangkan kuark naik manakala bebola hijau melambangkan kuark turun.
Sesuatu proton terdiri daripada dua kuark naik, satu kuark turun dan gluon yang merupakan pengantara yang mengikat kuasa-kuasa tersebut. Perubahan warna kuark ialah arbitrari tetapi ketiga-tiga warna perlu hadir.
Komposisi: Zarah asas
Generasi: Pertama, Kedua, Ketiga
Interaksi: Elektromagnetisme, Graviti, Daya nukleus kuat, Daya nukleus lemah
Antizarah: Antikuark (q)
Pengasas teori: Murray Gell-Mann (1964)
George Zweig (1964)
Ditemui: Makmal Pemecut SLAC (~1968)
Simbol: q
Cas electrik: +23 e, −13 e
Cas warna: Ya
Spin: 12
Nombor Baryon: 13

Dalam fizik zarah, kuark (disebut kwɔː(r)k) adalah salah satu (hadron) dari dua juzuk asas jirim (satu lagi ialah lepton). Kuark merupakan satu-satunya zarah asas yang berinteraksi melalui kesemua empat daya asas.

Kuark mempunyai enam perisa - naik (up - u), turun (down - d), ganjil (strange - s), terpesona (charm - c), bawah (bottom - b) atau atas (top - t). Kuark-kuark naik, terpesona dan atas mempunyai cas elektrik +2/3, sementara kuark turun, ganjil dan bawah mempunyai cas elektrik -1/3. Dalam setiap proton atau neutron, ada 3 kuark. Dalam satu proton, ada dua kuark naik dan satu kuark turun, memberikan cas +1, Dalam satu neutron pula, ada satu kuark naik dan dua kuark turun, memberikan cas neutral. Setiap kuark juga mempunyai satu daripada 3 cas 'warna' (cas daya nukleus kuat) - biru, hijau atau merah.

Kuark merupakan fermion yang mempunyai antizarahnya (antikuark).