Pembakaran Southwark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembakaran Southwark
Sebahagian daripada Penaklukan Norman ke atas England

Sebuah babak di tapestri Bayeux menggambarkan pembakaran sebuah rumah Anglo-Saxon
TarikhPertengahan Oktober 1066
Lokasi
Keputusan Kemenangan Norman
Pihak yang terlibat
Duchy Normandy Kerajaan beraja England
Komandan dan pemimpin
Duke William dari Normandy Ansgar
Kekuatan
500 kavalri

Pembakaran Southwark merujuk pada sebuah pertempuran yang terjadi di Southwark semasa kempen penaklukan Norman ke atas England pada bulan Oktober 1066.

Pasukan tentera Norman pimpinan William, Duke Normandy bertempur dengan tentera Anglo-Saxon di Southwark untuk menguasai London Bridge, yang merentasi Sungai Thames ke ibu negara England, London. Tentera Norman berjaya mengalahkan pasukan Anglo-Saxon dalam pertempuran ini tetapi berundur daripada Southwark di sebabkan tentangan oleh orang tempatan, membakar bandar sebelum berundur untuk menakutkan penduduk. Southwark dimusnahkan dan William mara ke arah barat dan memotong laluan bekalan Anglo-Saxon ke London yang menyebabkan kota ini kemudian tunduk kepada pemerintahan beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]