Duchy Normandy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Duchy Normandy

Duché de Normandie
Ducatus Normanniae
911–1259/1469
{{{coat_alt}}}
Jata negara
Sempadan sejarah Normandy di barat laut Perancis dan Channel Islands
Sempadan sejarah Normandy di barat laut Perancis dan Channel Islands
StatusNegeri naungan kepada kerajaan beraja Perancis
Ibu kotaRouen
Bahasa lazimLatin
Norman Tua
Agama
Agama Norse
Katolik Rom
PemerintahanMonarki feudal
Duke Normandy 
• 911–927
Rollo (pertama)
• 1035–1087
William si Penakluk
• 1144–1150
Geoffrey Plantagenet
• 1199–1216 (1204)
John Lackland (terakhir)
Era sejarahZaman Pertengahan
911
1066
• Normandy ditakluk oleh Anjou
1144
• Normandy ditakluk oleh Mahkota Perancis
1204
1259
• Cincin Ducal dimusnahkanCincin Ducal dimusnahkan
1469
• Gelaran ducal nominal Perancis dihapuskan
1790
Mata wangDenier (penny Rouen)
Diganti oleh
Kerajaan beraja Perancis Jata kerajaan beraja Perancis
Kerajaan beraja England Armorial Plantagenet
Hari ini sebahagian daripada Perancis
 Guernsey
 Jersey

Duchy of Normandy muncul pada tahun 911 akibat daripada Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte di antara Raja Charles III dari Francia Barat dan Rollo, pemimpin puak Viking. Duchy telah dinamakan bersempena dengan nama penduduknya iaitu orang Norman.

Bermula pada tahun 1066 sehingga tahun 1204, ia telah dikuasai oleh raja-raja England, kecuali bagi tempoh singkat pemerintahan Robert Curthose (1087–1106), anak lelaki bongsu kepada William si Penakluk tetapi tidak berjaya menuntut takhta England; dan Geoffrey Plantagenet (1144–1150), suami kepada Maharani Matilda dan ayah kepada Henry II.

Pada tahun 1202, Philip II dari Perancis mengistiharkan Normandy dilepaskan kepada beliau dan merampasnya menggunakan tentera pada tahun 1204. Ia kekal menjadi wilayah yang dipertikaikan sehingga Perjanjian Paris pada tahun 1259, apabila pemerintah England melepaskan tuntutannya kecuali Kepulauan Channel; iaitu Bailiwicks di Guernsey dan Jersey, dan jajahannya (termasuk Sark).

Dalam kerajaan beraja Perancis, duchy kadang-kala diasingkan sebagai sebuah appanage untuk ditadbir oleh seorang anggota keluarga diraja. Selepas tahun 1469, ia disatukan secara kekal ke dalam jajahan raja, walaubagaimanapun gelaran kadang kala diberikan sebagai satu gelaran kehormat kepada anggota baharu dari keluarga diraja. Duke Normandy Perancis terakhir bagi situasi ini adalah Louis-Charles, duke bermula pada tahun 1785 sehingga tahun 1789.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Historic Provinces of France Templat:Germanic peoples

Koordinat: 49°08′00″N 0°22′00″W / 49.1333°N 0.3667°W / 49.1333; -0.3667