Pembungkus gelembung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Selembar bubblewrap

Pembungkus gelembung atau balut gelembung (Bahasa Inggeris: Bubble wrap) ialah bahan plastik (khususnya LDPE) lutsinar di mana terdapatnya gelembung dipenuhi udara yang bertujuan memberikan lapikan mengurangkan kesan hentakan dan getaran yang terkena dari persekitaran; bahan ini digunakan untuk membalut barangan rapuh seperti kaca untuk tujuan perlindungan. Sifat unik ia juga membuat ia dijadikan suatu bahan mainan di mana ia sering "diletup-letupkan" dengan memicit gelembung-gelembung permukaannya mengeluarkan bunyi kecil.

Bahan ini mula dibangunkan pada tahun 1957 oleh Alfred Fielding dan Marc Chavannes dengan tujuan asal membuat kertas dinding plastik tiga dimens, namun bahan yang dihasilkan mereka didapati ideal sebagai bahan pembungkus. Fielding menjadi pengasas bersama Sealed Air Corporation pada tahun 1960 yang menjadi pemegang hak cipta asal.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bubble Film and Bags". Packaging Knowledge. Dicapai pada September 28, 2010.
  2. ^ Petch, Michael (December 2, 2019). "The hype and rise of 3D printing and Avi Reichental". 3DPrintingIndustry.com. Dicapai pada December 17, 2019.