Pembunuhan Muhammad Zaharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembunuhan Muhammad Zaharif merupakan kejadian pembunuhan yang melibatkan langgar lari seorang pelajar sekolah di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru, Ipoh, Malaysia pada 15 Disember 2023.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tengah hari 15 Disember 2023, seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang sedang menaiki motosikal dilanggar oleh kereta Perodua Ativa yang dinaiki seorang pegawai polis berusia 44 tahun. Berdasarkan saksi, Zaharif dikatakan dikejar dan dilanggar suspek kerana bunyi ekzos yang dikeluarkan bising, dan pelajar tersebut menyerah diri dan memperlahankan motornya sebelum dilanggar, menyebabkan dia diseret hingga maut.[1]

Suspek[sunting | sunting sumber]

Suspek, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak berusia 44 tahun, merupakan pegawai polis siasatan khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.[2][3][4] Kes disiasat berdasarkan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yakni kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya, dan mungkin juga akan melibatkan Kanun Keseksaan kerana membunuh.[5] Penyiasatan menunjukkan bahawa Nazri disahkan negatif pengaruh dadah.[6] Pada 18 Disember, Nazri dibawa ke pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan membunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tanpa pembelaan, dan disambung pada 4 Februari tahun seterusnya.[7]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Kritikan siasatan[sunting | sunting sumber]

Penyiasatan mendapat kritikan daripada orang ramai kerana disifatkan berat sebelah dan berusaha untuk menyembunyikan perihal sebenar kes. Pihak media dikatakan disekat daripada membuat liputan kes secara bebas ketika pertuduhan awal.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saksi Dakwa Pegawai Polis 'Lenyek' Semasa Mangsa Sudah Serah Diri". VOCKET. 2023-12-16. Dicapai pada 2023-12-16.
  2. ^ Abd Razak Mohd Ali (16 Disember 2023). "Calon SPM maut langgar lari, pegawai kanan polis ditahan". Astro Awani. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ Leong, Adeline (2023-12-16). "17YO Boy Dies Near School After Car Runs Him Over, Suspect Is D9 Senior Cop". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-18.
  4. ^ a b Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (18 Disember 2023). "Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2023.
  5. ^ "Pegawai kanan polis ditahan kes langgar lari pelajar SPM". Malaysiakini. 2023-12-15. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ Zahratulhayat Mat Arif (17 Disember 2023). "Ujian air kencing pegawai kanan polis langgar pelajar negatif dadah". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2023.
  7. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (18 Disember 2023). "TERKINI: DSP Nazri dituduh bunuh Zaharif". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2023.