Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan Dai-Ichi Seimei yang menjadi ibupejabat SCAP, sekitar 1950

Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu atau Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP) ialah jawatan yang disandang oleh Jeneral Tentera Darat Douglas MacArthur semasa pendudukan Jepun oleh tentera Bersekutu dalam Perang Dunia II.

Di Jepun, posisi tersebut secara umumnya dirujuk sebagai GHQ (General Headquarters atau Markas Besar), dan SCAP juga dirujuk ke pejabat pendudukan, termasuk staf beberapa ratus kakitangan awam A.S. serta anggota tentera. Beberapa orang kakitangan ini berjaya menyediakan draf pertama Perlembagaan Jepun, yang kemudian disahkan oleh Diet selepas beberapa pindaan. Tentera Australia, British, India, Kanada, dan New Zealand dibawah SCAP telah disusun menjadi sebuah sub-command yang dikenali sebagai Pasukan Pendudukan Komanwel British.

Tindakan ini menyebabkan MacArthur dilihat sebagai tentera baru Imperial Jepun oleh kebanyakkan tokoh politik dan orang awam negara matahari terbit itu, serta dianggap sebagai kelahiran semula kerajaan gaya Shogun yang pernah memerintah Jepun sehingga permulaan tempoh Pemulihan Meiji.

Berakhirnya SCAP[sunting | sunting sumber]

MacArthur telah digantikan sebagai SCAP oleh Jeneral Matthew Ridgway atas arahan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Korea pada April 1951. Dengan termeterai Perjanjian San Francisco, jawatan SCAP telah dimansuhkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]