Pemerintahan (formasi tentera)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Markas pemerintahan (command)) dalam istilah ketenteraan ialah satu unit berorganisasi yang mana seorang panglima tentera bertanggungjawab. Biasanya panglima secara khusus dilantik ke peranan itu untuk menyediakan rangka kerja undang-undang bagi autoriti yang diamanahkan. Para pegawai tentera laut dan angkatan tentera memiliki autoriti undang-undang berdasarkan merit pegawai bertauliah mereka, tetapi tanggungjawab tertentu dan keistimewaan pemerintahan diperolehi dari pengisytiharan pelantikan.

Definisi "pemerintahan" yang relevan menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) adalah seperti berikut:[1]

(DOD) 1. Iaitu kuasa seorang panglima didalam angkatan tentera yang dilaksanakan dengan sah terhadap orang bawahan melalui integriti pangkat atau tugasan. Pemerintahan termasuklah pihak berkuasa dan tanggungjawab dengan berkesan menggunakan sumber-sumber yang ada dan untuk merancang pengambilan anggota, penyusunan, pengarahan, penyelarasan, dan pengawalan pasukan-pasukan tentera untuk mencapai misi yang diberikan. Ia juga termasuklah tanggungjawab untuk kesihatan, kebajikan, moral, dan disiplin anggota yang ditugaskan.

(DOD) 2. Suatu arahan yang diberi oleh seorang komander; iaitu, kehendak komander yang diluahkan dengan tujuan untuk membuat tindakan tertentu.

(DOD) 3. Sebuah unit atau lebih unit, sesebuah organisasi, atau sesebuah kawasan dibawah perintah seorang individu. Juga dipanggil CMD (singkatan ComManD). Lihat juga markas pemerintahan kawasan; markas pemerintahan medan; markas pemerintahan medan (pejabat pemerintahan).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]