Pegawai (angkatan tentera)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda
Seorang pegawai bertauliah (kiri) dan seorang pegawai tanpa tauliah (kanan) sedang membincangkan objektif misi di Afghanistan.

Pegawai ialah seorang anggota dalam angkatan tentera atau perkhidmatan beruniform yang memegang jawatan pemerintah. Digunakan tanpa butiran selanjutnya, istilah "pegawai" hampir merujuk kepada pegawai bertauliah, iaitu bahagian yang paling kanan dalam sesebuah pasukan yang memperolehi kuasa daripada pentauliahan sesebuah negara. Dalam erti kata yang lebih luas, istilah "pegawai" juga meliputi pemimpin peringkat rendah yang dirujuk sebagai Pegawai Tidak Tauliah.

Pegawai bertauliah[sunting | sunting sumber]

Pegawai bertauliah secara amnya menerima latihan sebagai generalis kepimpinan dan pengurusan, sebagai tambahan kepada latihan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan tertentu mereka atau tugas dalam tentera. Banyak tentera moden memerlukan ijazah sebagai syarat untuk pentauliahan, walaupun dari kumpulan lain-lain pangkat. Yang lain, termasuklah Angkatan Tentera Australia, Angkatan Tentera British (BAF), Tentera Darat Nepal, Angkatan Tentera Pakistan (PAF), Tentera Switzerland, Angkatan Bersenjata Singapura, Angkatan Bersenjata Israel (IDF), Angkatan Tentera Sweden, dan Angkatan Tentera New Zealand, berbeza kerana tidak memerlukan ijazah untuk pentauliahan - walaupun sebilangan besar pegawai negara-negara ini merupakan siswazah. Dalam Angkatan Bersenjata Israel, ijazah universiti diperlukan bagi pegawai untuk naik ke pangkat Leftenan Kolonel. IDF selalu menaja pengajian untuk Mejar manakala para pegawai tentera udara dan tentera laut mendapatkan ijazah akademik sebagai sebahagian daripada program latihan mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]