Markas Medan Bersepadu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawasan Tanggungjawab
Presiden George W. Bush dan Setiausaha Pertahanan Robert Gates bermesyuarat dengan ketua-ketua bersama dan panglima-panglima medan.

Pemerintahan Medan Bersepadu atau Unified Combatant Command (UCC) ialah sebuah markas pemerintahan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang merangkumi pasukan-pasukan tentera dari dua Jabatan Tentera dan mempunyai misi yang luas dan berterusan. Pemerintahan-pemerintahan ini ditubuhkan bagi menyediakan perintah dan kawal angkatan tentera AS secara efektif, tanpa menghiraukan cabang perkhidmatan, di masa aman dan perang. Ia disusun mengikut asas geografi (dikenali sebagai "Kawasan Tanggungjawab", (Area of Responsibility-AOR) atau mengikut asas kefungsian. UCC merupakan markas pemerintahan "bersama" dengan lencana spesifik yang melambangkan penggabungan mereka.

Pelan Pemerintahan Bersepadu atau Unified Command Plan (UCP) dikemaskini setiap tahun sempena DOD Tahun Fiskal dan boleh mengubah suai kawasan tanggungjawab atau penjajaran pemerintahan medan atau tugasan. Sehingga September 2011, terdapat sembilan markas Pemerintahan Medan Bersepadu sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 10 dan UCP tahunan terkini. Enam mempunyai tanggungjawab serantau (geografi), dan tiga mempunyai tanggungjawab kefungsian. Setiap kali Pelan Pemerintahan Bersepadu dikemaskini, penganjuran pemerintahan medan dikaji untuk kecekapan dan keberkesanan tentera, serta berketerampilan dengan dasar negara.

Setiap pemerintahan bersepadu dipimpin oleh seorang Panglima Medan atau Combatant Commander (CCDR), yang berpangkat Jeneral atau Laksamana empat bintang. CCDR menggerakkan combatant command (COCOM), sejenis kuasa perintah yang tidak boleh dipindah milik ke atas tentera yang ditugaskan, tanpa mengira cabang perkhidmatan, yang hanya diperuntukkan pada CCDR oleh undang-undang persekutuan dalam 10 U.S.C. 10 / 164.html §  164 . Rantaian Pemerintah bagi tujuan operasi (mengikut Akta Goldwater–Nichols) bermula dari Presiden menerusi Setiausaha Pertahanan ke Panglima-Panglima Medan.

Markas pemerintahan terkini[sunting | sunting sumber]

Lambang Markas Akronim Peranan Ditubuhkan Ibupejabat
Seal of the United States Africa Command.svg Markas Afrika Amerika Syarikat USAFRICOM Geografik Oktober 1, 2007 Berek Kelley, Stuttgart, Jerman
Seal of the United States Central Command.png Markas Tengah Amerika Syarikat USCENTCOM Geografik Januari 1, 1983 Pengkalan Tentera Udara MacDill, Florida
USEUCOM.svg Markas Eropah Amerika Syarikat USEUCOM Geografik Mac 15, 1947 Berek Patch, Stuttgart, Jerman
Seal of the United States Northern Command.png Markas Utara Amerika Syarikat USNORTHCOM Geografik Oktober 1, 2002 Pengkalan Tentera Udara Peterson, Colorado
United States Pacific Command.png Markas Pasifik Amerika Syarikat USPACOM Geografik Januari 1, 1947 Kem H. M. Smith, Hawaii
Seal of the United States Southern Command.svg Markas Selatan Amerika Syarikat USSOUTHCOM Geografik Jun 6, 1963 Miami, Florida
United States Special Operations Command Insignia.svg Markas Operasi Khas Amerika Syarikat USSOCOM Fungsi April 16, 1987 Pengkalan Tentera Udara MacDill, Florida
Seal of the United States Strategic Command.svg Markas Strategik Amerika Syarikat USSTRATCOM Fungsi Jun 1, 1992 Pengkalan Tentera Udara Offutt, Nebraska
US-TRANSCOM-Emblem.svg Markas Pengangkutan Amerika Syarikat USTRANSCOM Fungsi Julai 1, 1987 Pengkalan Tentera Udara Scott, Illinois

Lihat juga[sunting | sunting sumber]