Pemetaan bertompok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sfera tanpa pemetaan bertompok (kiri). Peta bertompok dikenakan kepada sfera (tengah). Sfera dengan peta bertompok dikenakan (kanan) nampak mempunyai permukaan bercelak menyerupai sebiji oren. Peta bertompok mencapai kesan ini dengan mengubah cara permukaan bercahaya bertindak balas dengan cahaya, tanpa mengubah suai saiz atau bentuk permukaan.

Pemetaan bertompok[1] ialah suatu teknik dalam grafik komputer untuk menyelakukan tompok dan kedut pada permukaan suatu objek. Ini dicapai dengan mengusik normal permukaan objek dan menggunakan normal terusik semasa pengiraan pencahayaan. Hasilnya permukaan jelas berbonggol-bonggol daripada permukaan licin walaupun permukaan objek bawah tidak berubah. Pemetaan bertompok diperkenalkan oleh James Blinn pada tahun 1978.[2]

Pemetaan normal ialah kelainan yang paling umum bagi pemetaan bertompok yang digunakan.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bump and Environment Mapping" (PDF). ics.uci.edu.
  2. ^ Blinn, James F. "Simulation of Wrinkled Surfaces", Computer Graphics, Vol. 12 (3), pp. 286-292 SIGGRAPH-ACM (August 1978)
  3. ^ Mikkelsen, Morten (2008). "Simulation of Wrinkled Surfaces Revisited" (PDF). m/s. 7 (Section 2.2). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-05-26. Dicapai pada 2011-08-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]