Pemfrancaisan
Pemfrancaisan ditakrifkan sebagai amalan pengunaan hak atau kebenaran yang diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kepada pengusaha untuk memasarkan barangannya atau perkhidmatan (model perniagaan) yang diasaskannya[1] — yakni francais — dalam suatu tempoh yang ditetapkan.
Istilah francais ialah kata pinjaman bahasa Inggeris franchise - ia datang daripada istilah Inggeris-Perancis franc iaitu "bebas"[2] lebih merujuk kepada sifat pemeruntukkan barang dagangan ia untuk diusahakan pengusaha yang memohon izin penjualan secara bersyarat.
Pengurusan[sunting | sunting sumber]
Pihak yang memegang suatu francais daripada sesebuah syarikat, yakni seorang "penerima" (franchisor), akan membayar kepada syarikat yang memiliki atau "pemberi" francais tersebut (franchisee) tiga jenis bayaran:
- royalti memegang tanda dagang syarikat
- bayaran balik atas latihan serta khidmat nasihat yang diberikan kepada pengendali,
- peratusan jualan sesuatu unit perniagaan yang tertentu.
Sesebuah unit yang dipegang boleh beroperasi secara ekslusif atau sebaliknya. Unit ini biasanya bertahan dalam tempoh yang tertentu (dipecahkan kepada tempoh nasa yang lebih pendek di mana lesen pemfrancaisan ini perlu diperbaharukan apabila tempoh tersebut mencapai penghujungnya) serta berkhidmat di suatu wilayah atau kawasan geografi di sekeliling lokasi francais tersebut. Suatu pemegang atau penerima francais ini boleh menguruskan lebih daripada satu lokasi tapak perniagaan.
Sebanyak 33 buah negara mempunyai undang-undang yang mengawal amalan pemfrancaisan ini secara bulat-bulat, dengan kebanyakan negara lain mempunyai undang-undang yang memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pemfrancaisan.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Carian Umum - 'francais'". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
- ^ "franchise" Online Etymology Dictionary
- ^ "International Franchise and Distribution". DLA Piper. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012. Dicapai pada 2 Februari 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)