Pergi ke kandungan

Pemulauan Bani Hasyim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemulauan Bani Hasyim atau pemboikotan Bani Hasyim ialah sebuah peristiwa pemboikotan terhadap Bani Hasyim yang diisytiharkan pada tahun 616 TM atau 6 SH oleh pembesar Bani Makhzum dan Bani Abdul Syams, yakni dua kabilah besar Quraisy. Boikot tersebut bertujuan untuk meletakkan tekanan terhadap Bani Hasyim supaya mereka tarik semula perlindungan mereka beri terhadap Nabi Muhammad SAW.[1]

Menurut Ibnu Ishaq, seorang sejarahwan dari abad ke-8, boikot tersebut mempunyai isytiharan bahawa sesiapapun tidak boleh kahwini wanita mereka mahupun terima wanita mereka untuk dikahwini dan tidak boleh berjual beli dengan mereka, dan apabila mereka bersepakat mereka meteraikan pengisytiharan tersebut.[2] Pemboikotan ini berlangsung selama tiga tahun tetapi akhirnya dimansuhkan bukan kerana Bani Hasyim terima syarat untuk serahkan Nabi Muhammad, tetapi kerana rakyat Mekah berasa kasihan akan penderitaan yang telah mereka akibatkan terhadap Bani Hasyim.[3]

Kesimpulan

[sunting | sunting sumber]

Para Muslim terpaksa hadapi kepayahan yang amat hebat. Mereka terpaksa berhijrah, buat kali kedua pula, ke Lembah Abu Talib atau Lembah Abu Hasyim (شِعْب أبي هاشم/طالب) di mana mereka menghadapi kelaparan yang amat.[4] Pemboikotan berakhir pada 619 TM atau 10 H, pada Tahun Dukacita.

...Orang Quraisy berkumpul untuk berunding dan bersepakat untuk membuat suatu suratan di mana mereka tidak akan mengahwini wanita Bani Hasyim dan Bani Al-Mutalib, tidak pun membenarkan wanita mereka sendiri kahwini mereka, tidak pun berjual dengan mereka atau berbeli dengan mereka. Mereka hasilkan sebuah surat persepakatan bagi perjanjian itu dan bersumpah akan berpegang kepada ia. Lalu mereka gantungkan surat tersebut di dalam Kaabah untuk mengikat janji antara mereka semua. Apabila Quraisy lakukan ini, Bani Hasyim dan Bani Al-Mutalib bersatu dengan Abu Talib, mereka pergi ke lembahnya [Lembah Abu Talib] dan berkumpul kelilingnya; tetapi Abu Lahab Abdul Uzza bin Abdul Mutalib tinggalkan Bani Hasyim dan bersatu dengan Quraisy untuk menyokong mereka menentang Abu Talib. Keadaan ini berlanjutan selama dua atau tiga tahun, sehinggalah kedua-dua suku kaum itu menderita, kerana tiada apa (makanan ataupun minuman) telah capai mereka melainkan apa yang telah dihantarkan oleh orang-orang Quraisy yang ingin kekal berhubungan dengan mereka".[5]

...Peristiwa ini amat sukar bagi mereka dan sungguh kerap kalinya mereka terpaksa makan rimbunan pohon talha (طَلْح, akasia berduri, bergenus Vachellia; atau pisang)"[6]

Natijahnya, pemboikotan ini juga melibatkan orang-orang Bani Hasyim yang tidak memeluk Islam.[7]

Berakhirnya pemulauan

[sunting | sunting sumber]

Menurut riwayat, surat kertas kulit yang bertera pengisytiharan boikot akhirnya dijumpai habis dimakan anai-anai, dan hanya nama Allah sahaja yang terselamat.[8][9]

  1. ^ Peters, Francis E. (2003). The Monotheists: Jews, Christians, and Muslims in Conflict and Competition. Percetakan Universiti Princeton. ISBN 9780691115610. hlm. 96.
  2. ^ Peters, Francis E. (1994). Mecca: A Literary History of the Muslim Holy Land. Percetakan Universiti Princeton. ISBN 9780691654157.
  3. ^ Brown, Daniel W. (2004). A New Introduction to Islam. Blackwell Publishing. hlm. 76. ISBN 0-631-21604-9.
  4. ^ Answering Ansar. (n.d.). Our 20 questions.... Dicapai 14 Ogos 2019. Diarkibkan dari asal pada 4 Jun 2011.
  5. ^ Jarir al-Tabari, Muhammad (1987). Tarikh al-Tabari, Jilid 6, hlm. 81 - Berdasarkan terjemahan Inggeris Muhammad at Mecca[PDF]. Diterjemahkan oleh William Montgomery Watt & M.V. MacDonald. hlm. 105.
  6. ^ Shibli Numani, Muhammad (1857-1914). Siratun Nabi. Jil. 1, hlm. 218. Berdasarkan terjemahan oleh M. Tayyib Bakhsh Budayuni.
  7. ^ Islam4theWorld. (t.t.). Talhah bin 'Ubaydullah R. Dicapai 14 Ogos 2019. Diarkibkan dari asal pada 11 Februari 2007.
  8. ^ Peace Be Upon Him. (2006, September 5). Boycott Of Bani Hashim. Dicapai 14 Ogos 2019. Diarkibkan dari asal.
  9. ^ Al-Mubarkpuri, S. (2018, 3 Disember). When Islamophobes Boycotted the Prophet and Whole Muslim Community. Dicapai 14 Ogos 2019.