Pena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pena mata bola

Pena[1][2] (Jawi: ڤينا, pinjaman Bahasa Portugis: pena) atau pen[3] (Jawi: ڤين, pinjaman Bahasa Inggeris - kedua-duanya diakar b. Latin penna, "bulu pelepah") ialah alat tulis runcing yang menakung,[1] mengalirkan serta menandakan dakwat pada permukaan tertentu seperti kertas. Ia boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai warna - antaranya hitam, biru, merah dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor dll.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pen boleh dikelaskan menurut jenis hujungnya. Jenis moden utama adalah :

Dalam sejarah, pen turut digunakan dalam bentuk:

  • Pelepah
  • Pen celup

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pen rumput[sunting | sunting sumber]

Tamadun Mesir silam telah memajukan penulisan pada gelungan papirus apabila jurutulis menggunakan berus rumput nipis dari Juncus maritimus.[4] Steven Roger Fischer dalam bukunya A History of Writing mencadangkan bahawa penemuan artifak sebentuk alat ini di Saqqara ada menunjukkan bahawa ia mungkin telah digunakan bagi menulis di atas helaian semenjak Dinasti Pertama atau sekitar 3000 BC. Alat rumput sebegini terus digunakan sehingga Zaman Pertengahan sungguhpun ia perlahan-lahan digantikan dengan pen pelepah semenjak abad ke-7. Alat jenis ini turut memberi nama kalam[5] yang menyerap dari Bahasa Arab: قلم, translit. qalam meminjam perkataan κάλαμος kálamos dalam bahasa Yunani Purba; kalam itu sendiri merujuk kepada alat menggunakan pelepah tumbuhan setempat seperti kabung[5] dengan fungsi sama.

Pena bulu[sunting | sunting sumber]

Bulu pelepah yang diruncingkan hujungnya menjadi pilihan banyak penulis sehingga abad ke-19.



Jenis lain[sunting | sunting sumber]

Pelbagai jenis bentuk pen.
Pen boleh padam.
  • Pen boleh padam. Tidak sesuai untuk menulis cek.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Fischer, Steven R., A History of Writing, London: Reaktion, 2001, 352 p., ISBN 1861891016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b pena. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 25 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "'pena'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 25 April 2020.
  3. ^ 'pen'. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Egyptian reed pen Diarkibkan 2007-02-21 di Wayback Machine Retrieved 16 March 2007.
  5. ^ a b "kalam". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]