Penembakan Breonna Taylor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penembakan Breonna Taylor
Tarikh13 Mac 2020; 4 tahun yang lalu (2020-03-13)
LokasiLouisville, Kentucky
Koordinat38°15′10″N 85°45′31″W / 38.2527°N 85.7585°W / 38.2527; -85.7585Koordinat: 38°15′10″N 85°45′31″W / 38.2527°N 85.7585°W / 38.2527; -85.7585
JenisPenembakan
SasaranPenggeledahan rumah
HadirinJonathan Mattingly
Brett Hankison
Myles Cosgrove

Pada 13 Mac 2020, Breonna Taylor, seorang wanita Afrika Amerika berusia 26 tahun ditembak dan dibunuh di apartmennya di Louisville, Kentucky, oleh Jabatan Polis Louisville Metro (DPLM).[1]

Kekasih Breonna yang bernama Kenneth Walker dan kemudian terlibat dalam tembak-menembak dengan polis, kerana dia percaya bahawa polis yang memaksa masuk ialah tetamu yang tidak diundang. Dalam serangan balas, polis menembak lebih dari 20 kali. Breonna ditembak 8 kali.[2]

Pihak polis mengatakan bahawa mereka sedang menyiasat penjualan ubat terlarang.[3][4] Salah seorang suspek mempunyai hubungan dengan Breonna.[4] Waran penggeledahan meliputi rumah Breonna kerana dia merupakan suspek.[4][5] Namun tiada ubat-ubatan terlarang yang ditemui di apartmennya.

Kenneth mempunyai izin untuk membawa pistol dan menembak terlebih dahulu, mencederakan seorang anggota polis, kemudian polis melepaskan tembakan ke apartmen dengan lebih dari 20 tembakan. Keluarga itu menuntut jabatan polis yang memasuki rumah tanpa izin atau mengumumkan waran penggeledahan, dan mulai menembak tanpa memperhatikan nilai kehidupan manusia.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bailey, Tessa Duvall, Darcy Costello and Phillip M. (May 14, 2020). "Senator Kamala Harris demands federal investigation of police shooting of Breonna Taylor in Kentucky". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-13. Dicapai pada 2020-05-13.
  2. ^ Wise, John (13 March 2020). "Officers, suspect involved in deadly confrontation identified". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020. Sgt. Jon Mattingly, who has been with LMPD since 2000, also was struck by gunfire. He's expected to survive.
  3. ^ Duvall, Tessa; Costello, Darcy (May 12, 2020). "Senator Kamala Harris demands federal investigation of police shooting of Breonna Taylor in Kentucky". Louisville Courier Journal.
  4. ^ a b c Duvall, Tessa (2020-06-16). "FACT CHECK: 7 widely shared inaccuracies in the fatal police shooting of Breonna Taylor". The Courier-Journal. Dicapai pada 2020-06-16.
  5. ^ Burke, Minyvonne (13 May 2020). "Breonna Taylor police shooting: What we know about the Kentucky woman's death". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020. Her address was listed on the search warrant based on police's belief that Glover had used her apartment to receive mail, keep drugs or stash money. The warrant also stated that a car registered to Taylor had been seen parked on several occasions in front of a "drug house" known to Glover.
  6. ^ Burke, Minyvonne (May 13, 2020). "Woman shot and killed by Kentucky police who entered wrong home, family says". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2020. Dicapai pada May 14, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]