Black Lives Matter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Black Lives Matter
Black Lives Matter logo.svg
Pembentukan13 Julai 2013; 7 tahun yang lalu (2013-07-13)
Pengasas
  • Alicia Garza
  • Patrisse Cullors
  • Opal Tometi
JenisPertubuhan aktivis
TujuanProtes dan advokasi anti-perkauman
Lokasi
  • Antarabangsa
    (kebanyakannya di Amerika Syarikat)
Orang penting
Laman sesawangwww.blacklivesmatter.com
Black Lives Matter bermati-matian memprotes tuduhan kekejaman polis di Saint Paul, Minnesota, 20 September 2015

Black Lives Matter ialah gerakan hak asasi manusia antarabangsa, yang berasal dari masyarakat Afrika-Amerika, yang berkempen menentang keganasan dan perkauman sistemik terhadap orang kulit hitam. BLM kerap mengadakan tunjuk perasaan yang membicarakan pembunuhan polis terhadap orang kulit hitam, dan isu-isu yang lebih luas seperti profil perkauman, kekejaman polis, dan ketidaksamaan kaum dalam sistem keadilan jenayah Amerika Syarikat.[1]

Gerakan ini bermula dari 2013, dengan penggunaan tanda pagar #BlackLivesMatter di media sosial setelah George Zimmerman, pelaku penembakan Trayvon Martin, seorang pemuda berkulit hitam pada Februari 2012. Black Lives Matter menjadi gerakan yang dikenali di seluruh negara setelah perhimpunan yang dilakukan selepas dua kematian melibatkan warga kulit hitam Amerika Syarikat: Michael Brown (menyebabkan demonstrasi dan rusuhan di Ferguson) serta Erik Garner di Bandar Raya New York.[2][3][4] Sejak bantahan di Ferguson, ahli gerakan ini telah melakukan demonstrasi membantah kematian sejumlah warga kulit hitam oleh polis mahupun ketika ditahan polis. Sejak pertengahan 2015, aktivis-aktivis BLM juga terlibat dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016. Pencetus tanda pagar dan penggerak BLM, Alicia Garza, Patrisse Cullors, dan Opal Tometi, membangunkan gerakan ini menjadi sebuah rangkaian kebangsaan dengan lebih dari 30 cabang antara 2014 hingga 2016.[5] Namun, gerakan BLM secara keseluruhan ialah rangkaian yang tersebar tanpa struktur rasmi.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Friedersdorf, Conor. "Distinguishing Between Antifa, ...." The Atlantic. August 31, 2017. August 31, 2017.
  2. ^ Day, Elizabeth (July 19, 2015). "#BlackLivesMatter: the birth of a new civil rights movement". The Guardian. Dicapai pada December 18, 2016.
  3. ^ Ross, Janell (August 19, 2015). "How Black Lives Matter moved from a hashtag to a real political force". The Washington Post. Dicapai pada November 19, 2015.
  4. ^ Luibrand, Shannon (August 7, 2015). "Black Lives Matter: How the events in Ferguson sparked a movement in America". CBS News. Dicapai pada December 18, 2016.
  5. ^ Cullors-Brignac, Patrisse Marie (February 23, 2016). "We didn't start a movement. We started a network". Medium. Dicapai pada December 18, 2016.
  6. ^ Collins, Ben; Mak, Tim (August 15, 2015). "Who Really Runs #BlackLivesMatter?". The Daily Beast. Dicapai pada December 18, 2016.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]