Penerbangan 1492 Aeroflot
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 05 Mei 2019 |
Ringkasan | Kebakaran di udara, mendarat jatuh |
Tapak kejadian | Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow, Rusia |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Sukhoi Superjet 100 |
Nama pesawat | Mustai Karim |
Pengendali | Aeroflot |
Kod pendaftaran | RA-89098 |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo |
Destinasi | Lapangan Terbang Murmansk |
Penumpang | 73 |
Anak kapal | 5 |
Kematian | 41 |
Kecederaan | 10 |
Terselamat | 37 |
Penerbangan 1492 Aeroflot ialah penerbangan penumpang domestik berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moskow, ke Lapangan Terbang Murmansk, Murmansk, Rusia. Pada 5 Mei 2019, pesawat Sukhoi Superjet 100 yang terbang di laluan ini berbelok kembali ke Sheremetyevo tidak lama selepas lepas landas. Sayap dan badan belakangnya terbakar usai pendaratan keras. Sekurang-kurangnya 41 orang terkorban.
Kemalangan
[sunting | sunting sumber]Penerbangan 1492 berangkat dari Lapangan Terbang Sheremetyevo ke Lapangan Terbang Murmansk pada pukul 18:04 pada waktu tempatan (15:04 UTC).[1] Pesawat berhenti terbang naik di ketinggian 090 dan berbelok kembali. Pesawat mendarat cemas 30 minit usai lepas landas dan tergelincir keluar landasan.[1] Seluruh badan pesawat langsung terbakar.[2] Daripada 5 anak kapal dan 73 penumpang, 13 orang awalnya dilaporkan terkorban, 10 orang cedera, dan enam orang dilarikan ke hospital.[3][4][1][5][6] Pihak berkuasa Rusia mengumumkan bahawa 37 orang selamat dan 41 orang terkorban.[7]
Pesawat
[sunting | sunting sumber]Pesawat yang mengalami kemalangan ini ialah Sukhoi Superjet 100 buatan Rusia. Pesawat ini mempunyai nombor pendaftaran RA-89098 dan nombor siri kilang 95135.[2] Pesawat ini pertama kali terbang pada Jun 2017.[3]
Siasatan
[sunting | sunting sumber]Pihak berkuasa mula menyiasat kemalangan ini.[5] Jawatankuasa Penerbangan Antarnegara bertugas menyiasat kemalangan penerbangan awam di Rusia.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Hradecky, Simon. "Accident: Aeroflot SU95 at Moscow on May 5th 2019, aircraft bursts into flames during rollout and burns down". Aviation Herald. Dicapai pada 5 May 2019.
- ^ a b Noëth, Bart. "Aeroflot Sukhoi Superjet makes emergency landing at Moscow Sheremetyevo after a fire on board". Aviation24. Dicapai pada 5 May 2019.
- ^ a b "RA-89098 accident description". Aviation Safety Network. Dicapai pada 5 May 2019.
- ^ "Probe launched as over a DOZEN people feared dead in Superjet-100 crash landing in Moscow – reports". Russia Today. Dicapai pada 5 May 2019.
- ^ a b "Russian Aeroflot plane makes emergency landing in Moscow". BBC News Online. Dicapai pada 5 May 2019.
- ^ "13 people dead and four injured after fire breaks out on Russian plane, investigators say". Independent Television News. Dicapai pada 5 May 2019.
- ^ "СК: из 78 человек на борту самолета "Аэрофлота" выжили 37" [SK: 37 of the 78 people on board the Aeroflot aircraft survived]. Meduza (dalam bahasa Russian). 5 May 2019. Dicapai pada 6 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Penerbangan 1492 Aeroflot di Wikimedia Commons
- Flightradar24 data regarding Aeroflot flight 1492