Penerbangan 302 Ethiopian Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penerbangan 302 Ethiopian Airlines
ET-AVJ, pesawat yang terlibat dalam nahas
Ringkasan insiden
Tarikh10 Mac 2019 (2019-03-10)
RingkasanTerhempas sejurus selepas berlepas, siasatan masih dijalankan
TempatBishoftu, Habsyah
Penumpang149
Anak kapal8
Kematian157
Terselamat0
Jenis pesawatBoeing 737 MAX 8
PengendaliPenerbangan Ethiopia
PendaftaranET-AVJ
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Bole, Addis Ababa, Habsyah
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi, Kenya

Penerbangan 302 Ethiopian Airlines merupakan sebuah penerbangan antarabangsa terjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa, Habsyah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta di Nairobi, Kenya.

Pada 10 Mac 2019, sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8 yang sedang berkhidmat dalam penerbangan ini terhempas kira-kira enam minit selepas terhempas dengan 149 orang penumpang dan lapan orang anak kapal dan tiada yang disahkan terselamat.[1][2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8 yang berkhidmat dalam perjalanan ini berlepas dari Addis Ababa pada 8:38 pagi pada waktu tempatan untuk ke Nairobi. Dalam perjalanan, pesawat tersebut dikatakan memiliki masalah dan juruterbangnya meminta keizinan untuk berpatah balik ke Addis Ababa namun terhempas pada 8:44 pagi (waktu tempatan).[3]

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Terdapat 149 orang penumpang dan lapan orang anak kapal terlibat dalam nahas tersebut.[4]

Jadual berikut menyenaraikan senarai kewarganegaraan dan bilangan penumpang (tidak termasuk anak kapal) yang terhempas berdasarkan rekod oleh Ethiopian Airlines.[5]

Kewarganegaraan Bilangan
 Kenya 32
 Kanada 18
 Habsyah 9
 China 7
 Itali 8
 Amerika Syarikat 8
 Perancis 7
 United Kingdom 7
 Hong Kong 1
 Mesir 6
 Jerman 5
 India 4
 Slovakia 4
 Austria 3
 Rusia 3
 Sweden 3
 Israel 2
 Morocco 2
 Poland 2
 Sepanyol 2
 Belgium 1
 Djibouti 1
 Indonesia 1
 Ireland 1
 Mozambique 1
   Nepal 1
 Nigeria 1
 Norway 1
 Rwanda 1
 Arab Saudi 1
 Serbia 1
 Somalia 1
 Sudan 1
 Togo 1
 Uganda 1
 Yaman 1
Jumlah 149

Salah satu daripada penumpang dalam pesawat memiliki pasport yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pesawat penumpang terhempas, 157 dikhuatiri terkorban". Astro Awani. 10 Mac 2019. 
  2. ^ "Ethiopian Airlines flight to Nairobi in fatal crash". NZ Herald (dalam bahasa Inggeris). 10 Mac 2019. 
  3. ^ "Ethiopian Airlines: 'No survivors' on crashed Boeing 737". BBC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mac 2019. Dicapai 11 Mac 2019. 
  4. ^ Ariffin, Afiq (10 Mac 2019). "Nahas Ethiopian Airlines: 149 penumpang, 8 kru pesawat disahkan terkorban". Astro Awani. Dicapai 11 Mac 2019. 
  5. ^ a b "Accident Bulletin no. 3 Issued on March 10, 2019 at 4:59 PM". Ethiopian Airlines. 10 Mac 2019. Dicapai 12 March 2019.