Penerbangan 752 Ukraine International Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 752 Ukraine International Airlines
UR-PSR, pesawat nahas, Oktober 2019
(Masih dalam siasatan)
Tarikh08 Januari 2020 (2020-01-08)
RingkasanTerhempas sejurus selepas pendaratan, disahkan ditembak jatuh oleh Tentera Iran
Tapak kejadianBerdekatan Shahriar, Iran[1]
35°33′40″N 51°06′14″E / 35.56111°N 51.10389°E / 35.56111; 51.10389Koordinat: 35°33′40″N 51°06′14″E / 35.56111°N 51.10389°E / 35.56111; 51.10389
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 737-800
PengendaliUkraine International Airlines
No. penerbangan IATAPS752
No. penerbangan ICAOAUI752
Huruf pengenalanUKRAINE INTERNATIONAL 752
Kod pendaftaranUR-PSR
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomaini, Tehran
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Boryspil, Kiev
Penumpang167
Anak kapal9
Kematian176 (Semua)[2]
Terselamat0

Penerbangan 752 Ukraine International Airlines ialah sebuah laluan penerbangan penumpang antarabangsa berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomaini, Teheran, Iran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil' di Kiev, Ukraine. Pada 8 Januari 2020, sebuah pesawat Boeing 737-800 yang berkhidmat pada laluan ini terhempas sejurus selepas berlepas dari Teheran, menyebabkan kesemua 176 orang penumpang dan anak kapal terkorban.[2]

Pihak Amerika Syarikat mendakwa bahawa pesawat yang terlibat ditembak jatuh oleh sebuah perluru berpandu Iran,[3] dan disokong oleh pihak United Kingdom, manakala pihak Ukraine menetapkan penembakan sebagai salah satu "teori-teori utama". Pihak Iran menafikan kemungkinan ini dan mendakwa bahawa kemalangan ini berlaku akibat masalah teknikal pesawat.[4][5] Pada 11 Januari, Iran akhirnya mengaku bertangunggjawab atas nahas itu dengan motif berdasarkan kesilapan.[6]

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Menurut pihak jabatan penerbangan Iran, terdapat 167 orang penumpang dan sembilan orang anak kapal. Jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara adalah seperti yang berikut:

Bilangan penumpang dan anak kapal[7]
Warganegara Penumpang Anak kapal Jumlah
 Iran 130 0 130
 Kanada 63 0 63
 Ukraine 2 9 11
 Sweden 10 0 10
 Afghanistan 4 0 4
 United Kingdom 3 0 3
 Jerman 3 0 3
Jumlah 167 9 176

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UR-PSR Accident description". Aviation Safety Network. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  2. ^ a b "Ukrainian Boeing plane crashes in Iran, 176 people dead". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2020. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  3. ^ [1] Diarkibkan 9 Januari 2020 di Wayback Machine Iran missile appears to have shot down Ukraine-bound Boeing airliner, US sources tell NBC News, CNBC
  4. ^ [2] Diarkibkan 9 Januari 2020 di Wayback Machine Iran plane crash: Western defence officials confident Tehran ‘accidentally shot down Ukraine jet’, Independent 9 Januari 2019
  5. ^ "176 people killed in Boeing 737 crash in Iran, state TV reports". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 8 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2020. Dicapai pada 8 January 2020.
  6. ^ "Iran mengaku tersilap tembak". Harian Metro. 11 Januari 2020. Dicapai pada 11 Januari 2020.
  7. ^ Buck, Kate (8 January 2020). "Three Brits confirmed dead after Ukrainian Airlines plane crash kills 176 in Iran". LBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2020. Dicapai pada 8 January 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]