Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pesawat 17 Penerbangan Malaysia
9M-MRD, kapal Boeing 777-200ER yang terlibat dalam kejatuhan, dilihat di Rome pada bulan Oktober 2011
Ringkasan kejadian
Tarikh 17 Julai 2014 (2014-07-17)
Ringkasan Disyaki ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara Buk;[1][2][3] punca sebenar masih dalam penyelidikan.[4]
Tempat Dekat Hrabove, Donetsk Oblast, Ukraine
48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528Koordinat: 48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E / 48.13222; 38.65528
Penumpang 283
Anak kapal 15
Kematian 298 (semua)
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing 777-200ER
Pengendali Penerbangan Malaysia
Pendaftaran 9M-MRD
Asal penerbangan Lapangan Terbang Schiphol
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia[5] pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.[6]

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).[7][8]

Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.[9][10]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Penerbangan 17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 17 Julai 2014, jam 10:31 pagi (UTC) dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10:10 malam (UTC).[11] Pada sekitar jam 15:30 UTC, Penerbangan Malaysia mengesahkan melalui Twitter bahawa ia telah "putus hubungan" dengan penerbangan MH17 ketika pesawat itu berada kira-kira 30 km dari waypoint TAMAK, kira-kira 50 km daripada sempadan Rusia-Ukraine.[12][13] Pesawat ini membawa 280 penumpang dan 15 krew, dan kesemua mereka dalam pesawat dilaporkan terkorban, namun laporan ini masih belum disahkan secara rasmi.[14]

Pesawat ini terhempas di perkampungan Hrabove, di luar bandar Torez yang terletak dalam Donatsk Oblast di timur Ukraine. Bangkai dan cebisan pesawat dilaporkan bertebaran dalam kawasan berdiameter 15 km (9 batu).[15]

Garis masa penerbangan[sunting | sunting sumber]

Tempoh (JJ:MM) Masa Peristiwa
UTC CEST (Amsterdam) EEST (Ukraine) MYT (Kuala Lumpur)
00:00 10:14 12:14 13:14 18:14 Penerbangan 17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol
04:01 14:15 16:15 17:15 22:15 Pesawat hilang dari radar Ukraine

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Penerbangan tersebut memiliki dua kaptens, Kapten Wan Amran Wan Hussin dari Kuala Kangsar dan Eugene Choo Jin Leong (Bahasa Cina: 朱仁隆 Zhū Rénlóng[16]) dari Seremban, dan dua pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhd Firdaus Abdul Rahim.[17]


Penumpang dan krew[sunting | sunting sumber]

Orang-orang di dalam pesawat mengikut kewarganegaraanya[18][19]
Negara Bilangan
 Australia 27
 Belgium 4
 Canada[lower-alpha 1][20] 1
 Germany[lower-alpha 2] 4
 Indonesia 12
 Malaysia[lower-alpha 3] 43
 Netherlands[lower-alpha 4] 193
 New Zealand 1
 Philippines 3
 United Kingdom[lower-alpha 5] 10
Total 298

Penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 283 penumpang dan 15 anak kapal di atas kapal MH17.[21] Tiada yang selamat.[22][23][24]Sebilangan wakil dari Persatuan AIDS Antarabangsa berada di penerbangan dalam transit ke persidangan yang diadakan di Melbourne, Australia, termasuk Joep Lange, bekas presiden persatuan.[25] Mangsa lain termasuk ahli senat Belanda Willem Witteveen, isteri dan anak perempuannya,[26] penulis buku Australia Liam Davison dan isterinya,[27] Shuba Jay,[28] serta Siti Amirah, nenek tiri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.[29]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Pada hari kejadian, satu mesyuarat telah diadakan di Kiev di antara Kumpulan Hubungan Tiga Hala (Trilateral Contact Group) yang terdiri daripada wakil-wakil atasan Ukraine, Rusia dan Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dengan wakil kumpulan gerakan pemisah di Donetsk yang dihubungi melalui sidang video. Dalam mesyuarat ini, wakil gerakan pemisah telah mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyiasat hal kemalangan ini.[30] Namun, pada 18 Julai, kumpulan pemisah tersebut tidak membenarkan OSCE untuk memasuki kawasan tempat kejadian. Sekumpulan 15 peninjau telah melawat kawasan nahas, tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan kerja mereka, dan mereka meninggalkan tempat kejadian 75 minit kemudian.[31] Menurut Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine, semua bahan bukti telah dirampas oleh kumpulan pemisah, dan kumpulan Khidmat Kecemasan Negeri "bekerja dengan diacukan senapang".[32]

Pada 18 Julai, dilaporkan kotak hitam MH17 telah ditemui oleh kumpulan pemisah.[33]

Pada 21 Julai, Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak menyatakan beliau telah diberitahu oleh Alexander Borodai, pemimpin Republik Rakyat Donetsk, yang kedua-dua kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.[34][35] Perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit itu diserahkan kemudian di Donetsk. Pasukan Malaysia melaporkan kedua-dua perakam berada "dalam keadaan baik".[36]

Punca[sunting | sunting sumber]

Imej satelit disampaikan oleh Rusia Kementerian Pertahanan pada taklimat media mengenai kemalangan MH17. Didakwa diambil beberapa jam sebelum kemalangan itu, di laluan pesawat. Dua "Buk-M1" kenderaan ditanda serta sebuah kereta perisai di kawasan kampung Zaroshchenske.
Sistem misil Buk, yang dikatakan telah menjatuhkan MH17

Penerbangan 17 berkemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh sistem misil Buk, namun tidak ada pihak – sama ada kumpulan gerakan pemisah, tentera Ukraine atau Rusia – yang mengaku terlibat dengan insiden ini. Beberapa sumber mengatakan pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan gerakan pemisah, berdasarkan satu pos yang telah ditulis oleh Igor Girkin, komander Militia Penduduk Donbass, di laman sesawang VKontakte, di mana beliau mengatakan yang mereka "telah memberi amaran – jangan terbang di 'langit kami'". Pos tersebut menyebut tentang sebuah AN-26, kapal terbang pengangkut milik tentera Ukraine, yang telah ditembak jatuh dan terhempas berdekatan sebuah lombong di Torez, bandar di mana MH17 terhempas. Pos ini dipadam apabila Strelkov mengetahui bahawa pesawat yang ditembak itu bukan pesawat tentera, tetapi adalah pesawat komersial.[37][38] Pusat Media Krisis Ukraine mengatakan bahawa kumpulan pemisah mungkin telah tersalah anggap MH17 sebagai pesawat tentera Ukraine.[38]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dual Canadian-Romanian citizen boarding with Canadian passport.
  2. ^ Including:
    • 1 dual German-Dutch citizen
  3. ^ 28 passengers and 15 crew
  4. ^ Including:
    • 1 dual Dutch-Belgian citizen;
    • 1 dual Dutch-Israeli citizen;
    • 1 dual Dutch-Italian citizen;
    • 1 dual Dutch-American citizen
  5. ^ Including:
    • 1 dual British-South African citizen; and
    • 1 dual British-New Zealand citizen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Doomed flight likely downed by pro-Russian separatists; at least 1 American aboard, says Obama". Fox News. 18 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  2. ^ Shear, Michael D.; Sengupta, Somini; Tavernise, Sabrina (18 Julai 2014). "Obama Points to Pro-Russia Separatists in Downing of Malaysia Airlines Plane". The New York Times. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  3. ^ Cloud, David S.; Zeitchik, Steven (18 Julai 2014). "Pro-Russia separatists probably shot down airliner, U.S. intelligence agencies say". Los Angeles Times. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  4. ^ "Missile fired at Malaysian plane: US intelligence". CNBC. 17 Julai 2014. Dicapai pada 17 Julai 2014. 
  5. ^ "Malaysia Airlines plane crashes on Ukraine-Russia border - live". The Daily Telegraph. Dicapai pada 17 Julai 2014. 
  6. ^ Zverev, Anton (17 July 2014). "Malaysian airliner downed in Ukraine war zone, 295 dead". Reuters. Dicapai pada 17 July 2014. 
  7. ^ "Ukraine says Malaysian airliner shot down, 295 dead: agency". Reuters. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014.  Petik menggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan); |coauthors= memerlukan |author= (bantuan)
  8. ^ "Malaysian jet 'shot down' over Ukraine". Aljazeera. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  9. ^ "Media Statement & Information on Flight MH370". Malaysia Airlines. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  10. ^ Boykoff, Pamela; Moshin, Saima (31 Mac 2014). "Mystery of Malaysia Airlines Flight 370 surfaces pain of 1977 tragedy". CNN. Dicapai pada 17 Julai 2014. The airliner -- a Boeing 737-200 -- crashed into a mangrove swamp as it descended, killing all 100 on board. Before Flight 370, it was the deadliest incident in Malaysian aviation history. 
  11. ^ "MH17 - Malaysia Airlines - Flight history - Flightradar24". flightradar24.com. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  12. ^ "UPDATE: Malaysia Airlines Confirms It "Lost Contact" With MH17 Over Ukraine". Morning Star. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  13. ^ "Malaysia Airlines Flight MH17 reportedly shot down near Ukraine-Russia border". CBC News. 17 Julai 2014. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  14. ^ [Dion] (17 Julai 2014). "BREAKING NEWS: Malaysia Airlines plane 'shot down by Russians' killing 295 people". Daily Express. Dicapai pada 18 Julai 2014.  Periksa nilai |author-link1= (bantuan)
  15. ^ "Malaysia Airlines plane crashes on Ukraine-Russia border - live". The Daily Telegraph. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  16. ^ "MH17航班华裔机长父妻均曾就职马航" (Archive). Sina. July 18, 2014. Retrieved on August 22, 2014.
  17. ^ "The crew of MH17" (Archive). The Star. Friday 22 August 2914. Retrieved on 22 August 2014.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Official nationalities tidak disediakan
  19. ^ "Passenger manifest" (PDF). Malaysia Airlines. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 19 July 2014. 
  20. ^ Alamenciak, Tim; Gerster, Jane. "Canadian killed in MH17 crash ambitious, bright medical student from Ajax". Toronto Star (20 July 2014). Dicapai pada 20 July 2014. 
  21. ^ "Travel Advisory – Media Statement 1 : MH17 Incident". Malaysia Airlines. 21 Oktober 2013. Dicapai pada 17 Julai 2014. 
  22. ^ "Malaysia Airlines flight MH17 crash: 'Six Britons, 23 US citizens and 80 children' feared dead after Boeing passenger jet 'shot down' near Ukraine-Russia border". The Independent. 17 Julai 2014. Dicapai pada 17 Julai 2014. 
  23. ^ http://www.theaustralian.com.au/in-depth/mh17/australians-among-298-killed-on-mh17-crash-in-ukraine/story-fno88it0-1226992935095?nk=b1a068e6fc507a50df0eea4dc15c32cf
  24. ^ Walker, Shaun; Branigan, Tania (17 Julai 2014). "Malaysia Airlines flight MH17 crashes in east Ukraine". The Guardian. Dicapai pada 17 Julai 2014. 
  25. ^ "Malaysia Airlines plane MH17 'shot down' in Ukraine - live updates". 
  26. ^ "Senator Witteveen (PvdA) omgekomen bij crash – Binnenland – VK". De Volkskrant. Dicapai pada 18 Julai 2014. 
  27. ^ "Victorians among those killed in MH17 crash: Premier". Bendigo Advertiser. Dicapai pada 19 Julai 2014. 
  28. ^ "Malaysian actress, Dutch hubby and baby die with MH17". The Malaysian Insider. Dicapai pada 19 July 2014. 
  29. ^ "Malaysia PM's grandmother killed on Flight MH17". Telegraph Media Group Limited. Dicapai pada 19 Julai 2014. 
  30. ^ "Press statement by the Trilateral Contact Group". osce.org. Kyiv, Ukraine: Organization for Security and Co-operation in Europe. 18 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. 
  31. ^ "'Drunk' Gunmen Keep OSCE Monitors From Malaysia Jet Crash Site". NBC News. 18 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. 
  32. ^ "Terrorists Seize All Evidence from the Site of the Terrorist Attack on Boeing 777. State Emergency Services Work Literally at Gunpoint – NSDC". Censor.NET. 18 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. Teams of State Emergency Service are working at gunpoint, the evidence is being seized by terrorists, said National Security and Defense Council. 
  33. ^ "Malaysia Airlines MH17 black boxes reportedly recovered, Russia denies it will take them from rebels | National Post". News.nationalpost.com. 22 Mei 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. 
  34. ^ "MH17 plane crash: Train with bodies leaves Ukraine station". BBC News. 21 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014. 
  35. ^ Herszenhorn, David M.; Tavernise, Sabrina; Bradsher, Keith (21 Julai 2014). "Ukraine Separatists Agree to Release Bodies and Black Boxes". The New York Times. Dicapai pada 21 Julai 2014. 
  36. ^ "MH17 plane crash: Ukraine rebels hand over black boxes". BBC News. 21 Julai 2014. Dicapai pada 21 Julai 2014. 
  37. ^ [Christopher] (18 Julai 2014). "Pro-Russian Rebel Commander: 'We Did Warn You — Do Not Fly in Our Sky'". Kiev, Ukraine: Mashable. Dicapai pada 19 Julai 2014.  Periksa nilai |author-link1= (bantuan)
  38. ^ a b [Christina] (18 Julai 2014). "Pro-Russian Rebel Leader: 'We Have Warned Them — Not To Fly In "Our Sky"'". Business Insider. Dicapai pada 19 Julai 2014. Strelkov, also known as Girkin, posted on Thursday at 9:50 am EST on VKontakte, Russia’s version of Facebook. Most notably, he wrote, “We have warned them — not to fly in ‘our sky.’”  Periksa nilai |author-link1= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]