Penerbangan LATAM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan LATAM
IATA ICAO Pengenal
LA LAN LAN CHILE
Ditubuhkan5 Mac 1929; 95 tahun yang lalu (1929-03-05) (sebagai Línea Aeropostal Santiago-Arica)
Bermula operasi
  • 1932; 92 tahun yang lalu (1932) (sebagai Línea Aerea Nacional)
  • 17 Jun 2004; 19 tahun yang lalu (2004-06-17) (sebagai LAN Airlines)
  • 5 Mei 2016; 7 tahun yang lalu (2016-05-05) (sebagai LATAM Chile)
AOC #LANF474J[1]
HabSantiago
Hab kedua
Bandar tumpuan
Program kesetiaanLATAM Pass
SubsidiariPenerbangan LATAM Chile
Pesawat149
Destinasi152[2]
Syarikat indukKumpulan Penerbangan LATAM
Ibu pejabatLas Condes, Santiago, Chile
Orang pentingArturo Merino Benítez (pengasas)
Roberto Alvo (CEO)
Pendapatan US$5.7 billion (2011)
Pendapatan bersih US$320.2 million (2011)
Laman webwww.latamairlines.com

Penerbangan LATAM (sebelum ini dikenali dengan LAN Chile) ialah sebuah syarikat penerbangan multinasional Chile yang berpangkalan di Santiago dan satu daripada pengasas Kumpulan Penerbangan LATAM, syarikat pemegangan penerbangan terbesar di Amerika Latin. Hab utamanya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Arturo Merino Benítez di Santiago, dan hab sekundernya di São Paulo, Lima, Bogotá, Quito, Guayaquil dan Asunción.[3]

LAN pernah menjadi syarikat penerbangan negara Chile sehingga diswastakan pada 1990-an; it is the predominant airline in Chile, Ecuador and Peru, dan syarikat penerbangan kedua terbesar di Colombia, melalui anak syarikat tempatannya. LATAM ialah syarikat penerbangan terbesar di Amerika Latin, berkhidmat di Amerika Latin, Amerika Utara, Caribbean, Oceania, Asia, dan Eropah. Syarikat ini pernah menjadi ahli kepada perikatan syarikat penerbangan Oneworld dari 2000 hingga 2020.[4]

Kumpulan Penerbangan LATAM dibentuk selepas pengambilalihan oleh syarikat penerbangan Brazil, TAM Linhas Aéreas, yang sempurna diambil alih 22 Jun 2012. Pada Ogos 2015, ia mengumumkan kedua-dua syarikat penerbangan dijenamakan sebagai LATAM, dengan satu pakaian seragam khas digunakan di semua kapal terbang menjelang 2018.[5][6][7] Kini, LATAM Chile dan LATAM Brasil meneruskan kerja sebagai syarikat berasingan, di bawah Kumpulan Penerbangan LATAM yang bertindak sebagai syarikat penaung. Kumpulan Penerbangan LATAM kini ialah perbadanan penerbangan terbesar di Amerika Latin.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Federal Aviation Administration – Airline Certificate Information – Detail View". Federal Aviation Administration. Dicapai pada 23 January 2017.
  2. ^ "LATAM Airlines on ch-aviation". ch-aviation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-09.
  3. ^ "| oneworld".
  4. ^ "Details | oneworld". www.oneworld.com. Dicapai pada 2020-02-14.
  5. ^ "LAN and TAM to operate as LATAM with a new livery" retrieved August 9, 2015
  6. ^ "Chile's LAN Airlines completes takeover of rival TAM". Reuters. June 22, 2012.
  7. ^ "LATAM's entire fleet to have new livery by 2018" retrieved August 9, 2015
  8. ^ cycles, This text provides general information Statista assumes no liability for the information given being complete or correct Due to varying update; Text, Statistics Can Display More up-to-Date Data Than Referenced in the. "Topic: LATAM Airlines Group". Statista (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-08.