Oceania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oceania
An orthographic projection of geopolitical Oceania.
Geopolitical Oceania
Kawasan 8,525,989 km2 (3,291,903 batu²)
Penduduk 35,670,000
Demonim Oceanic; Oceanian
Negara
Kebergantungan
Bahasa
Zon masa UTC+8 (Waktu Piawai Australia Barat) to UTC-6 (Easter Island) (West to East)
Bandar terbesar Sydney
Melbourne
Brisbane
Perth
Auckland
Adelaide
Kedudukan Oceania dalam peta dunia

Oceania ataupun Australasia merupakan sebuah benua yang terdiri daripada negara-negara seperti Australia, New Zealand, Papua New Guinea dan negara Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Nauru, Kiribati, Tahiti, Samoa, Palau dan banyak lagi.

Oceania merupakan benua dengan luas daratan terkecil dan jumlah penduduk kedua terkecil setelah Antartika. Ia adalah kerana Oceania sebenarnya merupakan kumpulan pulau-pulau di Lautan Pasifik.

Rangkuman[sunting | sunting sumber]

Peta Oceania

Tujuan utama penggunaan terma Oceania ialah untuk membuat kenyataan mengenai sebuah rantau atau benua (seperti Asia dan Eropah) yang terletak di antara benua Asia dan benua Amerika, dengan Australia sebagai tanah besar. Penggunaan perkataan Oceania adalah untuk menunujukkan hubung kait di antara negara-negara di rantau tersebut. Oceania ialah benua terkecil di dunia dan mempunyai populasi kedua terkecil di dunia selepas benua Antartika.