Penerobosan air garam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penerobosan air garam[1] merupakan pergerakan air garam ke dalam akuifer air tawar, yang boleh menyebabkan kemerosotan kualiti air bawah tanah, termasuk sumber air minuman, dan akibat lain. Penerobosan air garam secara semula jadi boleh berlaku di akuifer persisir, disebabkan oleh sambungan hidraulik antara air bawah tanah dan air laut. Disebabkan air garam mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi bebanding air tawar, maka air garam tersebut bersifat lebih tumpat dan mempunyai tekanan air yang lebih tinggi. Akibatnya, air masin boleh menolak ke dalam tanah di bawah air tawar yang berhampiran.[2] Dalam topologi lain, pelepasan air bawah tanah ke dasar laut boleh menolak air tawar ke dalam air masin.

Beberapa tindakan tertentu dari manusia, terutamanya pengepaman air bawah tanah dari telaga air tawar persisiran laut, telah meningkatkan penerobosan air garam di banyak kawasan persisiran. Pengekstrakan air menurunkan paras air bawah tanah segar, mengurangkan tekanan airnya dan membolehkan air masin mengalir lebih jauh ke kawasan pedalaman. Antara beberapa penyumbang lain kepada penerobosan air garam termasuklah keberadaan saluran pelayaran atau saluran pertanian dan pengaliran, yang menjadi pembuluh untuk air garam bergerak ke kawasan pedalaman. Kenaikan paras laut yang disebabkan oleh perubahan iklim juga menyumbang kepada penerobosan air garam.[3] Penerobosan air masin juga boleh diburukkan lagi dengan berlakunya bencana ekstrem seperti ribut taufan.[4]

Penyelesaian[sunting | sunting sumber]

Tirai gelembung udara dua lapisan untuk mengelakkan penerobosan air laut ke dalam sungai
Aliran kerja ABC

Penerobosan air laut (PAL) ke dalam sungai boleh membawa kepada banyak kesan negatif terutamanya kepada aktiviti pertanian dan ekosistem kehidupan di kawasan hulu sungai. Terdapat banyak cara penyelesaian yang dipelopori untuk mencegah atau mengurangkan kesan negatif penerobosan air laut. Salah satu penyelesaian yang mampan untuk sungai adalah menggunakan tirai gelembung udara yang dapat menyelesaikan sepenuhnya isu PAL di sungai. [5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Carian Umum - Istilah Bahasa Melayu "Saltwater intrusion"". Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ Johnson, Teddy (2007). "Battling Seawater Intrusion in the Central & West Coast Basins" (PDF). Water Replenishment District of Southern California. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-09-08. Dicapai pada 2012-10-08.
  3. ^ Barlow, Paul M. (2003). "Ground Water in Freshwater-Saltwater Environments of the Atlantic Coast". USGS. Dicapai pada 2009-03-21.
  4. ^ "CWPtionary Saltwater Intrusion yes". LaCoast.gov. 1996. Dicapai pada 2009-03-21.
  5. ^ Kahrizi, Ehsan (2023). "Experimental evaluation of two-layer air bubble curtains to prevent seawater intrusion into rivers". Journal of Water and Climate Change. 14 (2): 543–558. doi:10.2166/wcc.2023.384. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)