Pengepungan Constantinople (1203)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pengepungan Constantinople
Sebahagian daripada Perang Salib Keempat
Byzantine Constantinople-en.png
Peta Constantinople semasa era Byzantine
Tarikh 11 Julai – 1 Ogos 1203
Lokasi Constantinople, Empayar Byzantine
Hasil Alexios IV Angelos mengambil takhta Byzantine
Pihak yang terlibat
Empayar Byzantine Perang Salib Keempat
Komandan
Alexios III Angelos Argent a chief gules.svg Boniface I
Republik Venice Enrico Dandolo
Kekuatan
15,000 tentera[1] dan 20 kapal[2] Pasukan Salib: 10,000 tentera[3]
Venice: 10,000 tentera[3] dan 210 kapal[4]

Pengepungan Constantinople pada tahun 1203 merupakan sebuah pengepungan yang dilakukan oleh Tentera Salib ke atas ibu kota Empayar Byzantine, bagi menyokong maharaja Isaac II Angelos yang diturunkan dan anak lelaki beliau Alexios IV Angelos. Ia menandakan keputusan penting dalam Perang Salib Keempat.

Pengepungan[sunting | sunting sumber]

Untuk mengambil alih kota dengan kekerasan, Tentera Salib mesti menyeberangi Bosphorus dahulu. Sekitar 200 buah kapal, pengangkutan kuda dan geliung akan digunakan untuk mengangkut Tentera Salib menyeberangi selat sempit, di mana Alexius III telah membariskan tentera Byzantine dalam formasi pertempuran di sepanjang pantai, di utara dan luar kota Galata. Kesatria Salib mara keluar daripada kapal pengangkut kuda, dan tentera Byzantine melarikan diri ke selatan. Tentera Salib mengejar ke selatan, dan menyerang Menara Galata, yang mana menjaga salah satu hujung rantai yang menghalang laluan ke Tanduk Emas. Semasa mereka sedang membuat kepungan ke atas Menara, tentera Greek membuat serangan balas dengan beberapa kejayaan awal. Bagaimanapun, apabila Tentera Salib berhimpun dan tentera Greek berundur ke Menara, tentera Salib berjaya menuruti tentera ini melalui Pintu, dan kemudian pasukan di Menara menyerah diri.[5] Tanduk Emas kini terbuka untuk Tentera Salib, dan armada Venice kemudian masuk.

Pada 11 Julai, Tentera Salib mengambil kedudukan bertentangan dengan Istana Blachernae di barat laut kota. Alexios IV berbaris di luar tembok, tetapi penduduk tidak ambil peduli, oleh kerana Alexios III, meskipun seorang perampas dan maharaja yang tidak sah di mata orang barat, beliau merupakan seorang maharaja yang boleh diterima oleh penduduk Byzantine. Pengepungan ini bermula pada 17 Julai, dengan empat divisyen menyerang tembok tanah, sementara armada Venice menyerang tembok laut daripada Tanduk Emas. Pasukan Venice menawans satu seksyen tembok sekitar 25 menara, sementara pengawal Varangia bertahan daripada tentera Salib[6] on the land wall. Pasukan Varangia bergerak untuk berjumpa dengan ancaman baru, dan pasukan Venice berundur di bawah perlindungan bedilan meriam. Bedilan ini berlangsung selama 3 hari dan memusnahkan sekitar 440 ekar (1.8 km2) kawasan kota, menjadikan 20,000 penduduk tidak berumah.[7][8]

Alexius III akhirnya mengambil tindakan menyerang, dan mengetuai 17 divisyen bermula daripada Pintu St. Romanus, jauh mengatasi jumlah Tentera Salib. Tentera Alexius III yang berjumlah sekitar 8,500 orang berhadapan dengan 7 buah divisyen Tentera Salib (kira-kira 3,500 orang), tetapi keberanian beliau hilang, dan tentera Byzantine kembali semula ke kota tanpa bertempur.[9]

Pada 18 Julai 1203, Tentera Salib melancarkan serangan ke atas kota, dan Alexios III dengan segera melarikan diri ke Thrace. Pagi esoknya, Tentera Salib terkejut mendapati bahawa penduduk telah melepaskan Isaac II daripada penjara dan mengistiharkan beliau sebagai maharaja, meskipun secara faktanya beliau telah dibutakan dan menjadikan beliau tidak layak untuk memerintah. Pasukan Salib memaksa Isaac II untuk mengistiharkan anak lelaki beliau Alexios IV sebagai maharaja bersama pada 1 Ogos, oleh itu menamatkan pengepungan ke atas Constantine.

Selepas pengepungan pada tahun 1203[sunting | sunting sumber]

Berikutan tamatnya pengepungan pertama ke atas Constantinople pada tahun 1203, pada 1 Ogos 1203, Alexios Angelos yang pro-Pasukan Salib telah ditakhtakan sebagai Maharaja Alexios IV di Empayar Byzantine, yang kemudian cuba untuk menstabilkan kota ini. Tetapi rusuhan antara kumpulan anti-Salib Greek dan pro-Salib Latin kemudian meletus pada bulan itu dan berlangsung sehingga November, di mana kebanyakan penduduk mula menentang Maharaja Alexios IV.

Pada 25 Januari 1204, kematian Maharaja Bersama Isaac II mengakibatkan rusuhan di Constantinople di mana rakyat melucutkan takhta Alexios IV, yang mana berpaling kepada Pasukan Salib untuk meminta bantuan tetapi dipenjarakan oleh chamberlain diraja, Alexios Doukas, yang mengistiharkan beliau sebagai Maharaja Alexios V pada 5 Februari. Maharaja Alexios V kemudian cuba berunding dengan Tentera Salib untuk berundur daripada wilayah Byzantine, tetapi mereka enggan untuk membatalkan perjanjian lama mereka dengan Alexios IV. Apabila Alexios V mengarahkan hukuman mati ke atas Alexios IV pada 8 Februari, Pasukan Salib mengistiharkan perang ke atas Alexios V. Pada bulan Mac 1204, pemimpin Salin dan Venice memutuskan hak untuk menakluk Constantinople, dan merangka perjanjian rasmi untuk membahagikan Empayar Byzantine sesama mereka. Menjelang akhir bulan itu, gabungan Tentera Salib mula mengepung Constantinople sementara Maharaja Alexios V mula mengukuhkan pertahanan kota dan pada masa yang sama lebih banyak operasi aktif dilakukan di luar kota. [10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ S. Blondal, The Varangians of Byzantium, 164
  2. ^ J. Phillips, The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, 159
  3. ^ a b J. Phillips, The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, 269
  4. ^ J. Phillips, The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, 106
  5. ^ "Sack of Constantinople, 1204". Agiasofia.com. Dicapai 2008-12-30. 
  6. ^ "The Fourth Crusade and the Fall of Constantinople". Geocities.com. Diarkibkan daripada asal pada 2009-08-08. Dicapai 2008-12-30. 
  7. ^ J. Phillip "The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople", 208-209
  8. ^ J. Phillips, The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, 176
  9. ^ J. Phillips, The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, 177
  10. ^ David Nicolle, The Fourth Crusade 1202-04; The betrayal of Byzantium. Osprey Campaign Series #237. Osprey Publishing.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 41°01′00″N 28°58′37″E / 41.0167°N 28.9769°E / 41.0167; 28.9769