Tanduk Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Peta Semenanjung Bersejarah Istanbul (bawah-kiri), menunjukan kedudukan Tanduk Emas dan Sarayburnu (Titik Seraglio) dan kaitannya dengan selat Bosphorus, selain tapak-tapak bersejarah yang penting (hitam), dan pelbagai kejiranan penting.

Tanduk Emas (Bahasa Turki: Altın Boynuz; Bahasa Yunani Kuno: Χρυσόκερας, Chrysókeras; Bahasa Latin: Sinus Ceratinus), juga dikenali sebagai Haliç dalam bahasa Turki Moden, adalah sebuah jalan air bandar penting dan salur masuk air utama bagi Bosphorus di Istanbul, Turki.

Muara yang berbentuk tanduk ini menghubungkan Selat Bosphorus di titik di mana selat bertemu dengan Laut Marmara, oleh itu membentuk sebuah semenanjung terasing dan sempit di kedudukan paling hujung di mana "Istanbul Tua" (Byzantium dan Constantinople purba), dan tanjung di Sarayburnu, atau Titik Seraglio. Dari segi geografi, Tanduk Emas memisahkan pusat bersejarah Istanbul dengan kawasan kota selebihnya, dan membentuk sebuah pelabuhan semulajadi dan terlindung yang dari segi sejarahnya melindungi kapal-kapal dagang maritim Greek, Rom, Byzantine, Uthmaniyyah dan lain-lain selama beribu-ribu tahun[1].

Istilah "tanduk" difahamkan merujuk kepada bentuk umum muara, manakala designasi "emas" adalah lebih kabur dengan para sejarawan percaya ia merujuk sama ada pada kekayaan yang dibawanya ke kota melalui kesibukan pelabuhan bersejarah di pantainya, atau interpretasi artistik romantik yang dihasilkan oleh air muaranya yang bersinar kuning cair semasa matahari terbit menyinari kota Constantinople. Nama-nama Greek dan Inggeris mempunyai makna yang sama, sementara nama Turkinya, Haliç, secara mudahnya bermaksud "muara", dan ia diterbitkan daripada perkataan Arab khaleej, bermakna "teluk".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BBC: "Istanbul's ancient past unearthed" Published on 10 January 2007. Retrieved on 3 March 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 41°01′45″N 28°57′40″E / 41.02917°N 28.96111°E / 41.02917; 28.96111