Pengglasieran Andes-Sahara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengglasieran Andes-Sahara, juga dikenali sebagai Zaman Air Batu Paleozoik Awal,[1] Peristiwa Rumah Ais Paleozoik Awal,[2] Pengglasieran Ordovisi Akhir, pengglasieran penghujung Ordovisi, atau pengglasieran Hirnant, berlaku semasa era Paleozoik bermula kira-kira 460 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke sekitar 420 jtd, semasa epok Ordovisi Akhir dan tempoh Silures. Pengglasieran utama pada tempoh ini dahulunya dianggap hanya terdiri daripada pengglasieran Hirnant itu sendiri tetapi kini telah diiktiraf sebagai peristiwa yang lebih lama dan beransur-ansur,[3][4][5] yang bermula seawal peringkat Darriwil,[1] dan mungkin juga peringkat Flo di bawah tempoh Ordovisi.[6] Bukti pengglasieran ini boleh dilihat di beberapa tempat seperti semenanjung Arab, kawasan Afrika Utara, Afrika Selatan, Brazil, Peru, Bolivia, Chile, Argentina dan Wyoming di Amerika Syarikat.[7][8][9][10] Lebih banyak bukti yang diperoleh daripada data isotop ialah semasa epok Ordovisi Akhir, suhu lautan tropika adalah kira-kira 5 °C lebih sejuk berbanding suhu lautan tropika pada masa ini; dan hal ini telah menjadi faktor utama yang membantu dalam proses pengglasieran.[11]

Pengglasieran epok Ordovisi Akhir secara meluas dianggap sebagai punca utama kepupusan besar-besaran Ordovisi Akhir,[2][12] dan ia merupakan satu-satunya episod pengglasieran yang nampaknya bertepatan dengan kepupusan besar-besaran hampir 61% hidupan laut.[13] Anggaran isi padu lembar ais puncak berkisar antara 50 hingga 250 juta kilometer padu, dan tempohnya dianggarkan sekitar 35 juta hingga kurang daripada 1 juta tahun. Pada kemuncaknya semasa peringkat Hirnant, zaman air batu tersebut dipercayai berlaku jauh lebih ekstrem berbnanding Maksimum Glasier Terakhir yang berlaku semasa akhir epok Pleistosen.[11] Pengglasieran Hemisfera Utara adalah berada pada paras minimum kerana sejumlah besar tanah ketika itu berada di Hemisfera Selatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Pohl, Alexandre; Donnadieu, Yannick; Le Hir, Guillaume; Ladant, Jean-Baptiste; Dumas, Christophe; Alvarez-Solas, Jorge; Vandenbroucke, Thijs R. A. (28 May 2016). "Glacial onset predated Late Ordovician climate cooling". Paleoceanography and Paleoclimatology. 31 (6): 800–821. doi:10.1002/2016PA002928. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  2. ^ a b Page, A.; Zalasiewicz, J.; Williams, M.; Popov, L. (2007). "Were transgressive black shales a negative feedback modulating glacioeustasy in the Early Palaeozoic Icehouse?". Dalam Williams, Mark; Haywood, A. M.; Gregory, J.; dll. (penyunting). Deep-time perspectives on climate change: marrying the signal from computer models and biological proxies. Special Publication of the Geological Society of London. The Micropaleontology Society special publications. ISBN 978-1-86239-240-3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "GlacioeustasyBlackShalesEarlyPalaeozoicIcehouse" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Vandenbroucke, Thijs R. A.; Armstrong, Howard A.; Williams, Mark; Paris, Florentin; Sabbe, Koen; Zalasiewicz, Jan A.; Nõlvak, Jaak; Verniers, Jacques (15 August 2010). "Epipelagic chitinozoan biotopes map a steep latitudinal temperature gradient for earliest Late Ordovician seas: Implications for a cooling Late Ordovician climate". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 294 (3–4): 202–219. doi:10.1016/j.palaeo.2009.11.026. Dicapai pada 29 December 2022.
  4. ^ Rosenau, Nicholas A.; Hermann, Achim D.; Leslie, Stephen A. (15 January 2012). "Conodont apatite δ18O values from a platform margin setting, Oklahoma, USA: Implications for initiation of Late Ordovician icehouse conditions". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 315–316: 172–180. doi:10.1016/j.palaeo.2011.12.003. Dicapai pada 29 December 2022.
  5. ^ Munnecke, Axel; Calner, Mikael; Harper, David A. T.; Servais, Thomas (15 October 2010). "Ordovician and Silurian sea-water chemistry, sea level, and climate: A synopsis". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 296 (3–4): 389–413. doi:10.1016/j.palaeo.2010.08.001.
  6. ^ Elrick, Maya (1 October 2022). "Orbital-scale climate changes detected in Lower and Middle Ordovician cyclic limestones using oxygen isotopes of conodont apatite". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 603: 111209. doi:10.1016/j.palaeo.2022.111209.
  7. ^ Díaz-Martínez, Enrique; Grahn, Yngve (7 March 2007). "Early Silurian glaciation along the western margin of Gondwana (Peru, Bolivia and northern Argentina): Palaeogeographic and geodynamic setting". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 245 (1–2): 62–81. doi:10.1016/j.palaeo.2006.02.018. Dicapai pada 17 October 2022.
  8. ^ Hambrey, M. J. (October 1985). "The late Ordovician—Early Silurian glacial period". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 51 (1–4): 273–289. doi:10.1016/0031-0182(85)90089-6. Dicapai pada 16 October 2022.
  9. ^ Van Staden, Anelda; Zimmermann, Udo; Chemale, Jr., Farid; Gutzmer, Jens; Germs, G. J. B. (1 January 2010). "Correlation of Ordovician diamictites from Argentina and South Africa using detrital zircon dating". Journal of the Geological Society. 167 (1): 217–220. doi:10.1144/0016-76492009-023. Dicapai pada 14 October 2022.
  10. ^ Holland, S. M.; Patzkowsky, M. E. (2012). "Sequence Architecture of the Bighorn Dolomite, Wyoming, USA: Transition to the Late Ordovician Icehouse". Journal of Sedimentary Research. 82 (8): 599–615. Bibcode:2012JSedR..82..599H. doi:10.2110/jsr.2012.52.
  11. ^ a b Finnegan, S. (2011). "The Magnitude and Duration of the Late Ordovician-Early Silurian Glaciation" (PDF). Science. 331 (6019): 903–906. Bibcode:2011Sci...331..903F. doi:10.1126/science.1200803. PMID 21273448. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Magnitude and Duration" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ Delabroye, A.; Vecoli, M. (2010). "The end-Ordovician glaciation and the Hirnantian Stage: A global review and questions about the Late Ordovician event stratigraphy". Earth-Science Reviews. 98 (3–4): 269–282. Bibcode:2010ESRv...98..269D. doi:10.1016/j.earscirev.2009.10.010.
  13. ^ Sheehan, Peter M (1 May 2001). "The Late Ordovician Mass Extinction". Annual Review of Earth and Planetary Sciences. 29 (1): 331–364. Bibcode:2001AREPS..29..331S. doi:10.1146/annurev.earth.29.1.331.