Pengguna:CyberTroopers/Userpage/Tentang CyberTroopers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

一Pada awalnya saya telah melakukan sumbangan secara tidak langsung dalam Wikipedia Bahasa Melayu melalui pelbagai akaun kerana saya tidak begitu serius dan tidak mengetahui selok-belok Wikipedia pada waktu tersebut. Namun pada suatu hari, saya cuba mempromosikan diri sendiri (menggunakan akaun lain) dan bermula di situlah saya belajar cara-cara penulisan dalam Wikipedia sehinggalah menjumpai pelbagai perkara yang tersembunyi di sebalik Wikipedia yang tidak diketahui oleh orang awam. Seterusnya saya mula mengetahui bahawa tindakan saya untuk mempromosikan diri adalah suatu perbuatan yang salah sama sekali. Sejak waktu tersebut, saya mula tertarik untuk menyumbang kepada Wikipedia.

Walaupun sudah 2166 hari saya menyertai Wikipedia Bahasa Melayu, saya mendapati masih terlalu banyak kekurangan dari segi kewujudan rencana-rencana di sini. Melalui penglibatan saya dalam Wikipedia, ia telah memberi kesan kepada kehidupan realiti saya iaitu saya menjadi agak sensitif dalam kesalahan penggunaan Bahasa Melayu oleh penutur-penutur bahasa ini dan yang utamanya ia turut menjadi platform pembelajaran secara interaktif serta menambahkan pengetahuan kepada saya sendiri. Jadi kenapa tidak anda turut sama menyumbang sedangkan Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia bebas untuk semua orang?