Wikipedia Bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia Bahasa Melayu
ويکيڤيديا بهاس ملايو
Logo Wikipedia bahasa Melayu
Tangkap layar
Laman Utama Wikipedia bahasa Melayu pada 4 Julai 2020
Wikipedia Bahasa Melayu pada tahun 2020
Maklumat umum
URLms.wikipedia.org
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamBahasa Melayu
Ditubuhkan26 Oktober 2002 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Edit the value on Wikidata
KomersialTiada
PendaftaranPilihan
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: ms.wikipedia Twitter: Wikipedia_ms Instagram: ms.wikipedia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Wikipedia
Bahasa Melayu

ويكيڤيديا بهاس ملايو
Logo Wikipedia Bahasa Melayu
Bermula pada Mei 2003
Jumlah rencana 372,500 *
Jumlah laman 1,082,490 *
Jumlah fail 18,425 *
Pengguna berdaftar 334,077 *
Penyelia 15 *

ms.wikipedia.org
* setakat 19 April 2024

Wikipedia Bahasa Melayu (Jawi: ويکيڤيديا بهاس ملايو, disingkatkan sebagai mswiki) ialah ensiklopedia dalam talian, Wikipedia versi bahasa Melayu. Asas penciptaan, pembangunan dan pentadbiran sehari-harian Wikipedia Bahasa Melayu adalah menuruti ketetapan perlembagaan dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu bermula daripada permohonan oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3]

Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan di Malaysia pertama yang berdaftar di Wikipedia ini.[4]

Laman pertama yang wujud (selain laman utama) ialah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[5] laman Air muncul pada 5 Julai 2003[6] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003.[7] Semua laman di atas merupakan perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga April 2024, Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 372,500 rencana.

Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.

Perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu sejak dari awal diaktifkan hinggalah Disember 2008

Statistik laman bahasa Melayu boleh dilihat di sini.

Perubahan laman utama[sunting | sunting sumber]

Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[8]

Semenjak itu, telah beberapa kali laman utama ditukar reka bentuk melalui perbincangan.[9] Pada Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.

Pada 30 Jun 2020, paparan laman utama telah diperbaharui dengan unsur corak songket hasil cadangan EmpAhmadK.[10]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Open content encyclopedia ... Wikipedia ... in Malay Permohonan Wikipedia Bahasa Melayu oleh Imran William Smith
  2. ^ Laman Utama ketika ia diaktifkan
  3. ^ Sumbangan Brion VIBBER
  4. ^ Wikipedia bahasa Melayu (20 Februari 2003). "Laman Utama". Dicapai pada 21 November 2015.
  5. ^ Suntingan terawal rencana Bahasa Melayu oleh pengguna tak berdaftar.
  6. ^ Suntingan terawal rencana Air, oleh Piolifax
  7. ^ Suntingan terawal rencana Wikipedia oleh pengguna tak berdaftar.
  8. ^ Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS.
  9. ^ Laman perbincangan Laman Utama, "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.
  10. ^ Laman Kedai Kopi Wikipedia Bahasa Melayu, "Ubah rupa Laman Utama". 28 Jun 2020. Dicapai pada 2020-07-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]