Pergi ke kandungan

Wikipedia:Lima tonggak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seluruh Dasar dan garis panduan Wikipedia yang sedia termaktub dapat diringkas menjadi lima tonggak utama yang merupakan ciri Wikipedia:

Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia
  • Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia yang menggabungkan unsur-unsur daripada sebuah ensiklopedia umum, ensiklopedia khusus, dan almanak (catatan sejarah) dalam satu wadah.
  • Semua rencana harus mengikuti dasar dan polisi yang dirangka, disusun dan telah dipersetujui bersama. Perlu diketahui bahawa Wikipedia melarang penyelidikan asli dan penyumbang harus betul-betul berusaha memastikan kesahihannya.
  • Wikipedia bukan tempat untuk menyumbangkan pendapat, pengalaman, ataupun tegasan peribadi. Lebih lanjut, Wikipedia bukanlah tempat untuk meletakkan maklumat semberono.
  • Wikipedia bukanlah tempat untuk meletakkan himpunan pernyataan "remeh" (trivia), panggung politik, mempromosikan diri sendiri, tempat percubaan anarki mahupun demokrasi, atau sebuah buku petunjuk web.
  • Wikipedia juga bukanlah tempat untuk meletakkan kamus dan Kalam Tuhan secara bulat-bulat, (tetapi sebagai ayat penegas dan rujukan bagi mengukuhkan pernyataan adalah dibenarkan), mahupun himpunan naskah sumber (salinan naskah jurnal). Kandungan jenis seperti ini masing-masing boleh diletakkan di projek-projek Wikimedia yang berikut.
 
Wikipedia ditulis dari sudut pandang berkecuali
  • Ini bermaksud, anda dan kami mesti berusaha keras untuk menghasilkan suatu bentuk sentuhan akhir setiap rencana di Wikipedia yang tidak hanya menumpukan pada satu sudut pandangan sahaja. Lebih tepat lagi tiada berat sebelah. Ini bererti kita harus mencari pandangan pro dan kontra antara sesuatu dakwaan dan permasalahan; dan menuliskan tiap pandangan untuk memastikan kesahihannya dan menyediakan sumber rujukan yang boleh dipercayai untuk setiap pandangan yang ditulis. Hal ini dimaksudkan agar pihak yang membaca dapat mengerti dan menilai akan kejituan pandangan yang diwakilkan oleh sebuah pernyataan.
  • Pada penulisan di Wikipedia, tidak ada sebuah pandangan pun yang dapat dituliskan sebagai "pandangan yang benar" atau "pandangan terbaik". Ini bererti, penulisan hanya tertumpu kepada sumber yang dapat ditentusahkan sahaja, khususnya kepada topik-tpik kontroversi yang memerlukan kaedah penyelesaian pertikaian yang matang lagi baik. Wikipedia tidak menyokong mana-mana pendirian dan kami menerangkan maklumat serta isu, bukannya memperdebatkannya.
  • Ketika muncul sebuah konflik akan versi mana yang paling berkecuali, umumkan suatu tempoh bertenang dan berikan tanda (tag) pada rencana tersebut sebagai rencana dalam perselisihan; bahas rincian satu demi satu dalam laman perbincangannya dan ikuti kaedah penyelesaian pertikaian yang terbaik.
 
Kandungan Wikipedia adalah bebas dan boleh digunakan, disunting serta diedarkan oleh sesiapa sahaja
  • Setiap orang dapat menyunting di Wikipedia.
  • Seluruh teks tersedia dalam naungan Lesen Dokumentasi Bebas GNU dan setiap orang dapat menyebarluaskan dan menghubungkan pautannya pada kaedah yang sepatutnya.
  • Setiap rencana dapat diubah oleh sesiapa pun yang mempunyai pengetahuan dan tidak ada kawalan individu ke atas suatu rencana tertentu; melainkan jika ia dibebani dengan tingkah laku dan perbuatan yang salah. Kerana itu, setiap tulisan yang anda sumbangkan dapat disunting tanpa perlu meminta izin daripada sesiapa pun supaya mesej sebenarnya dapat disebarluaskan sesuai keperluan oleh komuniti dan masyarakat sejagat selagi prinsip kesederhanaan dan dasar di Wikipedia dipatuhi.
  • Hormati undang-undang hak cipta dan elakkan plagiat. Penggunaan media tidak bebas kadangkala dibenarkan di bawah prinsip penggunaan wajar, tetapi penyunting digalakkan mencari alternatif bebas terlebih dahulu. Jangan menyumbangkan karya yang melanggar etika hak cipta ataupun karya yang memiliki lesen yang tidak sesuai dengan keperluan Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
 
Para penyunting Wikipedia perlu saling menghormati dan bersikap sopan
 
Wikipedia tidak mempunyai peraturan yang mutlak
  • Wikipedia mempunyai dasar dan garis panduan, tetapi semuanya boleh berubah mengikut masa. Walau bagaimanapun, anda perlu menepati aturan-aturan yang bersangkutan dengannya.
  • Jangan takut dan gusar dalam mengemas kini laman, jangan takut menyunting, memindahkan dan mengubah rencana tetapi jangan bertindak melulu. Kesenangan untuk menyunting seharusnya menjadi tujuan utama anda berada di Wikipedia.
  • Jangan takut bahawa anda mungkin melakukan kesalahan dan malah mengganggu kelancaran Wikipedia. Setiap versi suntingan terdahulu akan tetap ada, jadi anda tidak perlu khuatir bahawa anda akan secara tidak sengaja merosakkan Wikipedia atau menghapuskan suatu isi. Semuanya dapat dikembalikan. Tetapi ingatlah bahawa segala sesuatu yang anda tulis di sini akan tersimpan dalam jangka waktu yang lama. Namun sentiasalah memperbaiki gaya penulisan anda. Jangan melaku musnah kerana anda boleh disekat daripada menyunting mungkin untuk tempoh yang lama atau selama-lamanya.

Halaman ini memuatkan prinsip-prinsip dasar Wikipedia. Prinsip-prinsip dasar ini telah ada sebelum laman ini dibuat. Jadi anda disarankan untuk melihat laman Wikipedia:Dasar dan garis panduan terlebih dahulu sebelum pengumuman baru dibuat bagi menunjukkan laman ini siap untuk dikuatkuasakan sepenuhnya.

Lihat juga

[sunting sumber]